topbella

Rabu, 2 November 2016

Facebook...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum n hai readers yang hensem, segak plus comel. (puji ikhlas tau)

Aku merenung ke luar jendela dan mendongak ke langit gelap. Bintang tak bergemerlapan setelah hujan. Sekarang memang musim hujan kan? Setelah hujan berhenti, angin malam pula berhembus menusuk sukma, menggetarkan raga dan membuat suasana kian mencekam. Fuhhh! Sejuk hingga meresap ke dalam tulang. Tak payah pasang kipas pon takpa. Hihi.

Ok, malam ni.. jari jemari rajin nak menaip. So, nak share "Adab Berfacebook". Korang semua mesti ada muka buku a.k.a facebook kan? Tipu ler kalau takda.. hihi. Sekarang kan zaman moden & maju. Media sosial merupakan satu perkara yang begitu berpengaruh pada abad ni. Contohnya, Facebook, Wechat, Instagram, Twitter dan banyak lagi. Boleh dikatakan kebanyakan orang mempunyai media sosialnya sendiri. Mesti adik-adik pun mempunyai akaun Facebook kan? Fuhhh! Hebat kan akhir zaman ni?

Menulis status di alam maya bagaikan berbicara jugak. Cuma yang membezakannya ia berbicara tanpa ada suara. Oleh yang demikian, kita perlulah menjaga adab ketika menggunakan media sosial sebab ia melambangkan akhlak atau tingkah laku kita.

Apa adab berfacebook? Nak tahu tak? Meh ceq bagitau...

First, tulislah kata-kata yang membawa kebaikan.

Jadikan media sosial seperti Facebook ni sebagai tempat mengumpul pahala dengan menyumbang 'something' yang bermanfaat kepada orang lain dan juga diri sendiri. Korang boleh share tips, ilmu pengetahuan (dakwah), kejayaan dan sebagainya yang boleh menaikkan motivasi pembaca.

"Tulislah kata-kata yang boleh orang ingat sampai bila-bila."

Second, jangan menulis mengikut nafsu.

Janganlah menulis status dengan perasaan yang rosak. Perasaan yang rosak ni means saat korang semua diulit emosi seperti sedang marah, sedih, menyampah dan sabagainya. Asbabnya, setiap benda yang dibuat secara terburu-buru pasti akan mengundang kekesalan di kemudian hari. Haa, gitu...

Third, tak membuka aib orang lain.

Perkara camni perlu dielakkan sebab penyebaran berita di media sosial sangat mudah terjadi. So, kita perlu menjaga aib orang lain daripada tersebar, sebagaimana kita tak nak aib kita sendiri menjadi tatapan umum. So, sama-samalah kita jaga aib masing-masing eh. Paham ke tak paham?
Hope u ollss understand lah... kiki.

Ok, tu je tuk malam ni. Jari pun dah nak krem ni.. padahal taip sikit je ponggg... Hahaha.

Selamat beramal.
Jangan lupa follow my Facebook & Insta ok.. nanti ceq follow korang balek.. Huhu.

Nite n sweet dreams.. Jangan mimpi Mas puteri berangan dah ler. wakakaka...

-Laailahaillallah-

0 ulasan:

Foto Saya
Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya