topbella

Rabu, 3 Mei 2017

Malu itu sebahagian daripada iman...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum bloggers yang cantek, comel molek, handsome.. Ada yang rindu mas ke? kikiki.

Ok, tengahari ni nak share tentang 1 citer yang takkan pernah hilang dari memori. Ku simpan rapi & kemas dalam ingatan. Cewahhh!

Al-kisahnya...

Haritu aku pergi Bts (Bandar Tasek Selatan), tengah beratur panjang nak beli tiket balek Bangi kat kaunter, ada ler sorang makcik datang menghampiriku,

"Adik, boleh tak nak mintak tolong sikit?"

"Tolong apa makcik?"

"Tolong belikan makcik tiket ke Serdang. Makcik tak larat nak beratur panjang."

Aku pun tolong belikan. Sedih tengok makcik tu. Nampak letih. Bawa beg besar lagi.

Then, lepas beli, aku pun toleh ke belakang untuk bagi tiket kat makcik tu.

Terkejut berukkk!!!

Tau terkejut pasaipa???

Aku pandang belakang then nampak semua yang beratur belakang aku tadi ramai lelaki. Semua perati aku. Ya Allah! Malu gilerrr... Malu kan sebahagian daripada iman. Normal la tu seorang muslimah mesti memiliki sifat malu. Jangan tak tahu malu dah lerr.. hihi.

Pastu aku pi kat makcik tu yang tengah duduk kat kerusi berdekatan kaunter.

"Terima kasih dik."

"Sama-sama, makcik."

"Tahu tak kenapa makcik mintak tolong adik ni beli tiket?"

"Tak tau." Balasku ringkas.

"Sebab masa beratur dari belakang, makcik seolah-olah nampak nuur (cahaya) kat adik."

"Ya Allah! Betoi ka?" Aku tertunduk malu.

"Ya. Terima kasih sekali lagi ya dik."

Makcik tu terus pergi.

Bila cakap tentang malu, ramai muslimah zaman kini yang kurang memiliki sifat malu. Tak semua, segelintir je..

"Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak agama Islam adalah malu."

Letaklah sifat malu pada PANDANGAN, PERCAKAPAN & PERBUATAN.
Barulah bila dikatakan malu, sebahagian daripada iman.

Sifat malu itu baik.
Tapi, lebih baik jika ada pada seorang perempuan.

Dear muslimah,
"Jadikan malumu berharga, kelak maruahmu akan terpelihara."


"الحياء من الإيمان"

"Malu itu sebahagian daripada iman."


Tu je nak share. Moga bermanfaat. Jangan lupa senyum! Hehe.

*menulis sambil makan popcorn. Wekkk!


-Laailahaillallah-

Isnin, 3 April 2017

Kaca atau Permata???

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum & pagi uollss.

Sori eh dah lama tak update entry. Mas busy sangat. Ni baru ada free time. Now, tengah cuti sem selama 2 bulan. Yeahhhaa!!! (Mohon jangan jeles ye). Wekkk!

Ok, pagi ni nak citer tentang entry "Kaca atau Permata?".
Haa.. Pilih-pilih...

Kalau diberi pilihan, of course ler semua orang akan pilih permata. Ye tak??
Tak da sapa yang nak pilih kaca, sebab kaca ni diibaratkan something yang tak berharga kalau dibandingkan dengan permata.

Tapi,
Pandai ke kita menilai yang mana satu kaca & yang mana satu permata?

Of course keliru dengan kilauannya. Dua-dua berkilau kan?

Bila memiliki permata, kita genggam erat dalam tangan.
Bila memiliki kaca pulak, kita genggam erat jugak dalam tangan.

Yang mana akan pecah dulu?
Mestilah kaca kan?

Tanpa kita sedari, darah merah mengalir dari tangan, rupanya dalam genggaman hanya kaca pecah yang tak bernilai. Hancur harapan kita. Ditambah pulak dengan kelukaan yang dialami.
Kita pulak yang menanggung sakitnya. Lahaiii...

Andai pulak dalam genggaman kita ada sebutir permata yang kecil & sinarnya agak suram serta pecah, kita mula mengutipnya satu persatu dengan harapan ada permata yang lebih bersinar di kalangan serpihan permata tersebut.

Ok.. Mesti tak paham kan apa yang aku cuba nak sampaikan? Aku nak sampaikan pada setiap perempuan, jadilah permata yang dicari. Means, beriman, beragama, berakhlak & menutup aurat. Jadilah sebaik-baik perhiasan. Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Tak mampu jadi solehah pun, cukuplah jadi baik. Bukan baik di mata manusia. Tapi, di mata Allah. (Perumpamaan je).

Kaum lelaki pulak, carilah permata dan bukannya kaca. Andai kau dapat memiliki permata, jagalah dan genggamlah ia dengan erat. Sebab, permata yang bersinar lebih indah dari kaca.

Namun, jangan terlalu asyik berkhayal dan mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna, sebutir permata yang setelah sekian lama dalam genggaman, akhirnya hilang dek kealpaan kau sendiri.

Nobody perfect! Ok..

That's all tuk pagi ni. Bai! Xiexie kepada yang sudi membaca.

Lepas baca, jangan lupa senyum eh. Senyum kan 1 sedekah. Cewahhh!!!

Wassalam.

-Laailahaillallah-

Foto Saya
Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya