topbella

Ahad, 22 November 2020

Istiqamah...

 Bismillahirrahmanirrahim..

I will share about istiqamah. (Hujan rintik-rintik....)


Ada yang tanya.

“Macam mana cara kita nak kekal istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara?”

 

Istiqamah.

9 huruf.

Mudah disebut tapi susah untuk diamalkan.

 

Istiqamah ni bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan oleh seseorang, tak ramai yang betul-betul mampu nak laksanakan istiqamah ni dalam kehidupan seharian.

Saya sendiri akui. Memang susah nak kekalkan istiqamah.

 

Contoh,

Bila kita dah ada niat nak solat sunat Dhuha dan amalkan hari-hari.

Kalau kita tinggal sebab malas, dah tentu istiqamah kita tu tak berjaya.

Sebab tulah kita kena tetapkan hati untuk terus dan terus beribadat tanpa jemu, tanpa meninggalkan dan buat semula. Manusia ni dah terbiasa bila tinggal mesti susah nak kembali istiqamah semula.

 

“Istiqamah itu mudah pada lisan, tapi yang susah untuk kekal istiqamah.”

Kalau istiqamah tu mudah, tentulah ganjarannya tak semahal Syurga kan?

 

Firman Allah SWT:

“Rabb kami adalah Allah, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka (istiqamah), maka Malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata): Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) Syurga yang telah dijanjikan kepadamu.” (QS Fusilat: 30)

 

Kata Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri:

“Nak istiqamah iman, kena istiqamah hati. Nak istiqamah hati, kena istiqamah lidah. Nak istiqamah lidah, kena istiqamah zikir (Laailahaillallah).”

 

Kembali pada pertanyaan, “Macam mana cara nak kekal istiqamah?”

 

Pertama: Niat kerana Allah SWT

Niat buat sesuatu perkara hanya kerana Allah SWT. Niat dalam hati untuk istiqamah buat sesuatu perkara tu. Biar sikit tapi terus menerus. Didik diri dan ajar hati untuk niat buat perkara baik setiap hari. Sebab, setiap amalan itu bermula dengan niat dan kita akan diberi ganjaran berdasarkan niat kita tu.


“Amalan yang bagaimanakah yang paling disukai Allah?”

Jawab Rasulullah SAW: “Amalan yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit.” (HR. Muslim)

 

Kedua: Nak buat sesuatu perkara atau amalan bukan yang mudah atau ringan je


Utamakan perkara yang utama dalam membuat amalan. Jangan pilih nak buat perkara yang mudah je, tapi pilihlah yang paling utama.

 

Ketiga: Doa

Ni paling penting. Doa adalah senjata bagi orang-orang beriman.


“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

(QS al-Mukmin: 60)

 

So, dalam usaha kita nak istiqamah melakukan ibadah dan kebaikan, mintalah pada Allah agar diberi kekuatan dan kesabaran.


Perkara ni juga boleh bantu kita untuk kekal istiqamah:

 

1) Bersahabat dengan sahabat yang suka buat kebaikan

Sahabat yang baik adalah sahabat yang mengajak kepada kebaikan. Sahabat yang baik ni bila kita lihat wajahnya, kita akan teringat pada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama dan melihat gerak-gerinya kita akan mengingati mati.

 

Kata pepatah Arab: “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

 

2) Ilmu

Dengan ilmu, kita akan dapat buat pilihan-pilihan yang baik. Sebab tulah, penting untuk sentiasa mencari ilmu dan belajar dengan hadir ke majlis-majlis ilmu.


Dunia dah moden. Ada banyak teknologi canggih contoh internet. Nak belajar sekarang semudah ABC, buka media sosial, ada la kuliah-kuliah agama online, secara live lagi. Semuanya di hujung jari. Nak cari ilmu ni, bukan setakat hadir ke majlis ilmu je, kita boleh dengar ceramah atau kuliah melalui online sama ada di Youtube, Facebook & sebagainya yang disampaikan oleh ulama’, ustaz ustazah, penceramah bebas atau para ilmuan. Tapi, kena tapis. Ada yang boleh diterima dan ada yang tak boleh diterima. Secara mudah, yang baik kita ambil dan amalkan. Yang buruk janganlah ikut. Simple! Haa gituu..

 

Ingat, kita kena sentiasa usaha untuk memperbaiki diri, sentiasa muhasabah diri.

 

“Bayangkan pahala besar yang menanti kita bila istiqamah.”

 

Amalkan doa ni:

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

“Ya tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi engkau kerana sesungguhnya engkaulah maha pemberi kurnia.” (QS al-Imran: 8)

 

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Semoga diberi kekuatan untuk berbuat baik dan diberi kekuatan untuk istiqamah.


Moga bermanfaat! ^_^

-Laailahaillallah-

Ahad, 25 Oktober 2020

Andai Hari Ini Hari Terakhirmu...

Bismillahirrahmanirrahim..

Pon!! Pon! Pon!!!

Eh tengah hon kereta ke Cik Masturah ni?

Hahah.. Takla. Ada ni tengah duk dalam kereta sambil berfikir nak tulis entry baru.

First of all, sorry sebab dah lama tak update entry. Hihii.. 

Jangan marah naa..

Ok jom baca entry terbaru ni. Baca dengan nada yang sedih sikit tau.. Ermmm....


Andai hari ini hari terakhirmu..

So, berapa lama lagi kita akan hidup?

10, 20, 30 atau hanya sekadar lima tahun lagi?

Ataupun esok ajal sudah menjemput?

Saya yakin takda orang yang mampu menjawab. Diam tak terkata.

Jika kita dengar ada adik-beradik, saudara atau sahabat kita meninggal dunia asbab kemalangan or serangan jantung ke kanser ke, what do you feel gaisss??


Ada 3 rahsia Allah SWT yang ditutup serapat-rapatnya iaitu:

1. Ajal

2. Rezeki

3. Jodoh


Bila "kun fayakun", maka terjadilah. Walau sesaat, seminit, takkan kita mampu halang.

Sebelum ajal tiba, mesti banyak sangat list to-do yang kita nak buat. Tapi, malang takut tak kesampaian.

Maybe ada kata-kata cinta yang nak diluahkan kat suami ke isteri, hasrat nak minta maaf kat ibu bapa, nak memaafkan seseorang yang disakiti tapi masih belum dilaksanakan.

Kita takkan pernah tahu bila kita akan pergi dan tak tahu bila saat kematian tiba.

Perlukah mengingati akan kematian?

Ingat mati itu sangat penting untuk menjalankan kehidupan. Ibarat janakuasa yang menggerakkan amal bakti untuk bekalan hidup setelah mati.

"Hati yang ingat mati adalah hati yang hidup."

Bila ingat mati ni, umpama 'deadline' yang sentiasa menjadi peringatan untuk menyiapkan sebarang tugasan di dunia.

Cuba bayangkan,

Andai solat yang kita akan dirikan nanti adalah solat terakhir kita, of course kita akan bersegera malah bersungguh-sungguh melakukannya dengan penuh rasa takut, hina dan cinta kepada Allah SWT.

Yelahh.. Tak mungkin kita akan menangguhkan solat atau melaksanakan sambil lewa jika kita rasa itu solat yang terakhir. Allahu..

Apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian?

Moga hari-hari tak berlalu tanpa kita tidak mengingati mati. Kematian itu pasti dan setiap yang pasti itu sangat dekat. Lalu, apa lagi yang ditunggu?

Ucaplah yang baik-baik, buatlah kebaikan dan kebajikan yang masih tertangguh.

Jangan tinggalkan sebarang "hutang" dengan manusia untuk menghadap Tuhan Yang Esa.

Sementara masih ada masa, usia masih bersisa, jadilah manusia yang sentiasa ingatkan kematian dan Tuhan Yang Esa.


Just sharing.


Susuk tubuh yang dirindui…

 

Dialah sahabat.

Dialah yang ku anggap seperti seorang abang.

Dialah pendengar yang baik.

Dialah yang banyak membantu tika susah.

Dialah pemberi nasihat termasuk soal agama.

Dialah pemberi teguran.

 

Dialah yang bagi ‘surprise’ pada hari lahirku tahun lepas & tahun ni.

Dialah pembeli tesisku.

Dialah yang bagi baju ‘Wardatul Baydha’. Terkejut bila posmen hantar dan mula-mula tak tahu siapa yang bagi.

Dia bank in duit raya tahun ni.

 

Ya, tak terhitung segala pemberiannya.

Tanpa aku minta. Tak pernah minta.

Ya, dialah sahabat yang hanya aku kenal melalui facebook dan instagram.

Hanya kenal di alam maya, bukan alam nyata.

 

Dia nak jadi seperti seorang pemuda yang bernama Julaibib.

 

Orangnya sangat merendah diri.

Memiliki hati nurani dan selalu solat berjemaah serta dengar kuliah di masjid.

Dia cuma nak bahagiakan orang-orang disisi dan sekeliling especially ibunya.

Sangat utamakan ibu.

 

Kini, di dunia yang sementara ini..

Aku menyaksikan seorang hamba Allah, seorang sahabat yang penuh dengan amal kebaikan.

Ramai orang sayangkan dia, namun Allah lebih sayangkan dia.

 

Aku menulis dan melihat atas dasar 2 tahun mengenalinya.

Alhamdulillah, syukur kerna Allah izinkan aku mengenalinya walau hanya sekadar di alam maya.

 

Terima kasih untuk segala-galanya.

Kini, hanya kiriman doa dan Al-Fatihah yang mampu ku kirimkan.

 

Moga tenang di sana..

Allahyarham Ikhwan Mukhzani Ibrahim.


Al-Fatihah...

-Laailahaillallah-

Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya