topbella

Ahad, 25 Ogos 2019

Aku Gadis Bertudung Labuh...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum readers blog.. Sori dah lama tak update entry sebab kekangan masa.

Ok, harini nak share tentang indahnya bertudung labuh or menutup aurat dengan sempurna.


Ada yang tanya,

"Awak memang pakai tudung labuh ke?"

Sebenarnya, kadang-kadang saya bertudung bidang (bawal) jugak. Bidang 50-60. Kat rumah pun.
Tapi, selalu ke kelas bertudung labuh.
Sebab malas nak bertudung bidang.
Nak kena lilit sikit kan.

"Berapa lama dah pakai tudung labuh atau bidang?"

Sebenarnya, sejak dari pasti lagi. Mak yang jahitkan tudung zaman pasti. Sedikit labuh dari kanak-kanak lain. Mak abah memang didik sejak dari kecik lagi.
Pastu tadika. Sekolah rendah. Sekolah menengah agama. Maktab Mahmud.
Sehingga masuk Unimas memang bertudung labuh.
Sekarang, Kuis.

Bila sekali bertudung labuh, hampa akan rasa janggal bila nak bertudung singkat or bidang 45.
Trust me!
Rasa macam geli pakai tudung tak lebih dari paras bahu dan dada.

"Macam mana nak istiqamah?"

Niatkan kerana Allah, abaikan apa yang orang sekeliling kata.
Yela. Ada yang kata, tudung labuh nampak macam makcik-makcik, selekeh ja.

Bila bertudung labuh, akan rasa tenang.
Rasa terpelihara tau.
Aurat bukan sekadar tutup rambut ye.
Tapi, aurat tu. Jaga apa yang disuruh oleh Islam dan diperintah oleh Allah S.W.T.

Aurat rambut,
Tutup dengan tudung melebihi paras dada, tak jarang.
Make sure seiring dengan baju ye.

Aurat pergelangan tangan,
Tutup dengan sarung lengan or "handsock".
Supaya bila makan, tangan baju ditiup angin, terselak, tak nampak lengan.

Aurat kaki,
Tutup dengan sarung kaki. Selalunya hitam or coklat.

One more,
Bila pakai jubah, baju kurung or kain,
Pakailah "kain dalam" or seluar panjang di dalam kain tu.
Supaya bila naik motor, jalan, kain luar tu terselak, tak nampak la kaki or bentuk kaki tu.

Ingat, kita jaga diri dan pakaian kita.
Allah akan jaga kita.

InsyaAllah, di mana-mana orang akan hormat dan suka kita.
Seiringkan akhlak dengan pakaian, baru molek.
Yang paling penting, Allah lagi suka.

Kalau bukan sekarang nak berubah, bila lagi kan?

Nak tunggu dapat hidayah?
Hidayah tak perlu ditunggu. Tapi, perlu dicari.

Apapun, Islam tak pernah melarang kita berfesyen, tapi pastikan patuh syariat.

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." 
(An-Nur : 31)

"JOM LABUHKAN TUDUNG ANDA WAHAI KAUM HAWA." 

P/s : Bertudung labuh or bidang tak semestinya untuk pelajar sekolah agama je, tapi semua yang bergelar "muslimah". Bukan pilihan, tapi kewajipan menutup aurat.

Sharing ni just copy from My Facebook. Hihi..
-Laailahaillallah-

Rabu, 6 Februari 2019

Keajaiban Tuhan...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum n evening readers..

Setelah sekian lama tak update entry, kini ada masa free sikit tuk update.

First of all, semua sihat ke??
Ada yang rindu Cik Mas eh??? hikhik.. Gurau-gurau..

Ok.. Petang yang suram ni nak story tentang kisah aku haritu yang agak sedih jugak la.
Please prepare tisu eh.. huhu.. Ujian laptop. Kisah ni agak panjang jugak laa..

Ok ceritanya macam ni..

Suatu malam tu, tengah-tengah malam, area jam 12.30 malam, aku taip esaimen. Then, save. Pastu bila nak buka balek file tu, suddenly semuanya hilang sekelip mata. Ya Allah.. Apa yang hilang??
Segala files, picture and downloads. Yang paling sedih, proposal thesis pun hanya save dalam laptop je. Salah aku sebab cuai. Tak terfikir nak save dekat email. Pendrive pulak virus takleh guna. Sedihnya time tu hanya Allah yang tahu.

Air mata laju mengalir.
Menangis tak berhenti.
Mendengari bunyi cengkerik di malam sunyi.

Bisu.
Diam tak terkata.
Pipi dibasahi air mata.

Ok. Off laptop. Pastu on semula.
Tetap takda.

Malam tu, takda solution masalah ni.
So, aku pun tidur. Tidur dengan air mata yang bergelinangan.
Habis bantal pun basah dengan air mata.

Ok pendekkan cerita,
Aku menangis 4 hari berturut-turut di malam hari.
Makan tak lalu.
Solat pun tahan air mata.
Pergi ke kelas mata bengkak akibat nangis.

Tiada tempat untuk meluahkan segala kerisauan, tak tenang melainkan hanya kepada Allah.
Bangun di sepertiga malam, solat Tahajjud, di akhir sujud, paling tenang saat mengalirkan air mata.
Luah pada Sang Pencipta.

Hari ke-2.
Aku call mak, whatsApp kakak.
Bagitau apa yang terjadi.
Namun, takda sapa yang boleh membantu.
Hanya selembar doa dapat diberi.

Aku post status di whatsApp, fb.
Posting yang sedih.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki fren fb aku yang tak dikenali pakar repair laptop mesej aku dekat messenger.

Dia tanya tentang laptop.
Dia bantu aku repair laptop hanya melalui messenger.
Try cari files yang hilang.

Jujur, sebelum ni aku tak pernah tahu apa-apa tentang laptop.
Tapi, setelah Allah kirimkan dia, serba-sikit aku dapat ilmu mengenai laptop.
Gembira dan terharu ada orang sudi bantu walaupun tak kenal.

Namun, kesedihan tetap ada setelah berusaha mencari files yang hilang, tapi tak berjaya.
Tak berhasil menemukan.

Kembali sedih.

Hari ke-3.
Pergi hantar laptop untuk repair dekat kedai laptop di Bandar Seri Putra.
Dengan ditemani Aina mek Kelate.

Uncle kedai tu check and kata, "Files yang hilang tu takleh dijumpai dah. Kena format laptop."
Aku balas, "Ermm.. Takpa la. Nak buat macam mana. Format jela."
Masa tu, tahan air mata lagi. Nak nangis.

Dah format, tapi bila aku taip semula esaimen, laptop jadi balek macam dulu.
Apa yang disave tu hlang.

Then, fren fb lelaki tadi mesej aku, tanyakan laptop dah ok ke belum.
Jumpa ke files.

Aku cakap laptop rosak balek.

Then,
Aku suruh dia tolong repair dengan bayaran tertentu.
Dia sanggup datang Kuis ambik laptop dan hantar semula setelah di repair.
Ya Allah.. Mulianya hati dia.

So, aku jumpa tak dia?
Ofkos la jumpa. Jumpa nak bagi laptop.
Jumpa dekat Kfc. Luar je..

Aku punyalah tersipu-sipu malu nak bagi laptop. hahahahha..
Tapi, kena bagi jugak.

Then, dia balek.
Tiba-tiba..............................................................................................

Jeng.. jeng.. jenggg... Aku terlupa purse comel aku ada dalam beg laptop. Ya Allah.. Punya la nak cepat bagi laptop tu sampai tak ingat. Actually, ni semua salah kunci kereta sewa yang tak boleh dikunci. Itu yang menyebabkan aku terlupa... hahahahahha..

Lelaki tu dah balek. Aku menggelabah. Call kat messenger tak diangkat.

Pastu, petang, dia datang balek Kuis hantar purse. Ya Allah, masa tu perasaan serba salah and rasa sangat menyusahkan orang. Ermmm.. Minta maaf eh...

Hari ke-4.
Petang tu, Fiqah datang bilik.
Aku ceritakan apa yang tejadi.
Fiqah tu kawan aku, classmates jugak.
Aku ada kata, "Seandainya ada keajaiban dari Allah..."

Masa azan Maghrib berkumandang,
Lala call.
Aku pickup.

"Kakmas, cepat datang bilik!! Proposal thesis ada ni dalam pendrive saya."

Sambil phone ditelinga, air mata berjurai mengalir laju.
Roomate, Nadh tanya : "Kenapa kakmas?"

Sebak tak mampu nak menjawab pertanyaan Nadh tu. Sori Nadh..

Aku tak solat Maghrib lagi, terus lari laju naik tangga ke bilik Lala tingkat 4. Parcel yang sama.
Diiringi air mata dan kalimah "Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah.." di bibir.
Itu je yang mampu terucap ketika itu.

Sampai bilik Lala, dia tunjukkkan proposal thesis tu.
Ya Allah, memang betul tu proposal aku.
Aku menangis teresak-esak. Sampai didengari seorang roomate Lala yang tengah baca Al-Quran.

Lala cakap, proposal tu simpan dalam pendrive dia yang juga ada virus. Dia dah lama tak buka and tiba-tiba dia rasa nak buka time tu.

Aku balek bilik.
Solat Maghrib dan buat sujud syukur.

Lepas tu, call mak, mesej kakak and group whatsApp usrati hayati.Group family aku.
Call kawan-kawan bagitau berita gembira. Kini, Allah gantikan dengan air mata gembira yang tak terhingga.

Mak kata, "Tu hasil doa hang, tahajjud."

Alhamdulillah syukur ya Allah.

Aku pun cerita dekat lelaki fren fb tadi.
Share benda gembira.

Dia dah siap repair laptop.
Semua files dijumpai tapi malangnya tak boleh dibuka.

Apapun, Alhamdulillah dan aku redha segala files, picture kenangan and bahan-bahan thesis hilang.
Kerna aku percaya, setiap yang terjadi, ada hikmahnya.

Allah uji tanda Dia sayang pada hambaNya.
Allah uji sebab nak lihat sejauh mana pergantungan seorang hamba kepadaNya.
Allah takkan uji diluar kemampuan hambaNya.

لا يکلف الله نفسا إلا وسعها

Hidup tanpa ujian, bagaikan jantung tanpa denyutan.
Maka, jadikanlah sabar itu sebagai nadinya.

Sesungguhnya, ujian itu hadiah yang indah dari Allah.

Terima kasih sangat kepada semua yang ikhlas membantu saya secara langsung or tak langsung. Hanya Allah yang dapat membalas. Wallahua'lam..

Ok tu je nak sharing petang ni. Jemari pun dah letih menaip ni.
hahaha.. Bhaiii...

Wassalam.

-Laailahaillallah-
Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya