topbella

Jumaat, 11 November 2016

Cinta dan Islam...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum n salam Jumaat readers yang ohsem..
Before baca, mohon senyum dulu eh. Buka mata luas-luas ye. Hihihi.

Ok, tak nak cakap panjang. Malam ni, aku nak story tentang satu title ni "Cinta dan Islam."
Cinta? Mesti korang dah tahu kan apa itu cinta. Budak kecik pun tahu, inikan pula kita yang remaja dan dewasa. Huhu..

Before that, cer try tanya diri sendiri. Mengapa kita jatuh cinta pada someone? Pasti ada asbabnya. Sebab cantik? Handsome? Sebab baik, sebab lemah lembut, sebab pemurah, sebab penyayang? Mesti bersebab. Try to find it.

Manusia diciptakan dengan memiliki hati hingga mampu mencintai. Namun, pada masa yang sama, hati jugak tak mampu terlepas daripada jerat hawa nafsu. Right?? Mustahil lah manusia mampu membebaskan diri daripada hawa nafsu. Sebab itu, Allah s.w.t melengkapi hati-hati manusia dengan fitrah, iaitu keupayaan bagi mengenal-Nya supaya manusia tak dikuasai oleh hawa nafsu.

Cinta itu fitrah semulajadi seorang manusia. Islam pula adalah agama fitrah.  Dalam Islam, takda larangan terhadap seseorang untuk mencintai dan dicintai. Malah, Islam menggalakkan dengan had dan perlu menjaga batas-batas pergaulan.

Cinta itu juga adalah "Al-Widaad" iaitu kecenderungan hati kepada yang dicintai. Contohnya, pernikahan tak akan bahagia tanpa cinta.  Melainkan wujud rasa cinta dan kasih sayang antara pasangan suami isteri. Kunci kepada tumbuhnya cinta itu adalah melalui pandangan. Pandangan pertama gituu.. Sebab tu Rasulullah s.a.w menggalakkan si lelaki melihat wajah si perempuan ketika hendak meminang.

Cinta selepas nikah pulak macam mana?
Sejujurnya, cinta selepas nikah lebih sweet. Bagi aku la. Hehe.. Cinta selepas nikah ni adalah cinta yang diredhai dan dituntut dalam Islam. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tanya pasangan suami isteri yang bercinta selepas nikah ok.

Dalam banyak-banyak cinta, cinta apa yang hakiki dan kekal selamanya?

Cinta kepada Allah. Yes! Tu cinta paling hakiki dan kekal selamanya. Cinta bagaikan lautan, sungguh luas dan indah. Ketika disapa dengan sentuhan tepian pantainya yang sejuk dan nyaman, pasti akan mengundang kita bagi melangkah lebih jauh ke tengah yang penuh ombak badai dan gelombang. Namun, sesiapa pun still nak mengharunginya. Cewahhh!

Oleh itu, carilah cinta sejati di lautan cinta berbiduk taqwa, berlayarkan iman yang melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu. In Shaa Allah, kita akan sampai kepada tujuan yang sebenar iaitu cinta kepada Allah s.w.t. Jika korang ditakdirkan untuk jatuh cinta suatu hari nanti, pilihlah cinta yang hanya berlandaskan kecintaan kepada Allah s.w.t dan rasul-Nya. Bukan sebab pujuk rayu syaitan dan hawa nafsu.

Remember! Kebahagiaan dalam rumahtangga itu datang daripada cinta. Takda maknanya memiliki segala perkara dalam dunia ni sekiranya tak mempunyai cinta. Betoi tak??

Btw, aku tak pernah lagi bercinta. Even dah umur 2*. Muda lagi. Hihi.. Kawan-kawan aku ramai yang dah bertunang, bernikah. It's ok! I'm not ready yet. I'm still studying.

Andai aku pula ditakdirkan untuk bercinta suatu hari nanti, biarlah aku mencintai Allah dulu sebelom mencintai seseorang. Aku masih lagi tergapai-gapai mencari cinta Sang Pencipta.

Namun, siapakah pemilik cintaku selepas Allah, Rasulullah dan mak abah suatu hari nanti?
Hanya Allah yang tahu.


Ok, tu je nak share. Moga bermanfaat!

*menaip sambil makan biskut Oreo. kikiki~

-Laailahaillallah-

Rabu, 2 November 2016

Facebook...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum n hai readers yang hensem, segak plus comel. (puji ikhlas tau)

Aku merenung ke luar jendela dan mendongak ke langit gelap. Bintang tak bergemerlapan setelah hujan. Sekarang memang musim hujan kan? Setelah hujan berhenti, angin malam pula berhembus menusuk sukma, menggetarkan raga dan membuat suasana kian mencekam. Fuhhh! Sejuk hingga meresap ke dalam tulang. Tak payah pasang kipas pon takpa. Hihi.

Ok, malam ni.. jari jemari rajin nak menaip. So, nak share "Adab Berfacebook". Korang semua mesti ada muka buku a.k.a facebook kan? Tipu ler kalau takda.. hihi. Sekarang kan zaman moden & maju. Media sosial merupakan satu perkara yang begitu berpengaruh pada abad ni. Contohnya, Facebook, Wechat, Instagram, Twitter dan banyak lagi. Boleh dikatakan kebanyakan orang mempunyai media sosialnya sendiri. Mesti adik-adik pun mempunyai akaun Facebook kan? Fuhhh! Hebat kan akhir zaman ni?

Menulis status di alam maya bagaikan berbicara jugak. Cuma yang membezakannya ia berbicara tanpa ada suara. Oleh yang demikian, kita perlulah menjaga adab ketika menggunakan media sosial sebab ia melambangkan akhlak atau tingkah laku kita.

Apa adab berfacebook? Nak tahu tak? Meh ceq bagitau...

First, tulislah kata-kata yang membawa kebaikan.

Jadikan media sosial seperti Facebook ni sebagai tempat mengumpul pahala dengan menyumbang 'something' yang bermanfaat kepada orang lain dan juga diri sendiri. Korang boleh share tips, ilmu pengetahuan (dakwah), kejayaan dan sebagainya yang boleh menaikkan motivasi pembaca.

"Tulislah kata-kata yang boleh orang ingat sampai bila-bila."

Second, jangan menulis mengikut nafsu.

Janganlah menulis status dengan perasaan yang rosak. Perasaan yang rosak ni means saat korang semua diulit emosi seperti sedang marah, sedih, menyampah dan sabagainya. Asbabnya, setiap benda yang dibuat secara terburu-buru pasti akan mengundang kekesalan di kemudian hari. Haa, gitu...

Third, tak membuka aib orang lain.

Perkara camni perlu dielakkan sebab penyebaran berita di media sosial sangat mudah terjadi. So, kita perlu menjaga aib orang lain daripada tersebar, sebagaimana kita tak nak aib kita sendiri menjadi tatapan umum. So, sama-samalah kita jaga aib masing-masing eh. Paham ke tak paham?
Hope u ollss understand lah... kiki.

Ok, tu je tuk malam ni. Jari pun dah nak krem ni.. padahal taip sikit je ponggg... Hahaha.

Selamat beramal.
Jangan lupa follow my Facebook & Insta ok.. nanti ceq follow korang balek.. Huhu.

Nite n sweet dreams.. Jangan mimpi Mas puteri berangan dah ler. wakakaka...

-Laailahaillallah-

Khamis, 27 Oktober 2016

Layakkah Aku Bahagia...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Di dalam bilik, aku bersendirian. Mak, abah dan adik dah tidur. Adik aku sebelah ni kuat betoi 'berdengkur'. Huhhh! Sekarang, aku dah tak dengar cengkerik mengerik. Intai bintang pun dah tak gemilang. Even dah pagi, kelihatan lagi seperti malam. Suasana sangat sunyi membuat bumi seakan tak bergraviti, dunia tak menyapa. Memang sunyi sangat-sangat lahh.

Then, aku menjeling jam di handsetku. Jam menunjukkan tepat pukul 2 a.m. Haa?? Dah pagi. Rilekss la malam masih muda. Cewahhh!

Sesaat demi sesaat...
Seminit demi seminit...
Sejam demi sejam...
Sehari demi sehari...

Masa pantas berlalu pergi sehingga diri ini tidak sedar sudah 10 hari lebih di rumah. Sekarang, tengah sem break .. huhu.
Ok fine.. Sebab dah lama aku tak update entry, pagi buta ni aku nak post tentang satu title 'Layakkah Aku Bahagia'.

Sejujurnya, kita semua layak mendapat kebahagiaan di dunia mahupun akhirat. Untuk mengecapi kebahagiaan, perkara yang pertama ialah kita sebagai umat Islam mestilah mengutamakan Allah Yang Satu. Dari situ, barulah kita akan merasa indahnya hidup ini. Apabila kita mempunyai hubungan yang erat dengan Allah, nescaya Allah akan eratkan hubungan kita sesama manusia. 

"Letakkanlah kecintaan kepada Allah dan rasul terlebih dahulu sebelum meletakkan kecintaan kita terhadap seseorang”.


“Kita seringkali berbisik di dalam hati, “Layakkah aku bahagia?”

Allah memberikan jalan-jalan yang sukar untuk kita tempuhi dahulu sebelum Dia menghadiahkan pelangi yang indah buat kita. Sebelum kita mendapat kebahagiaan, Allah akan memberi ujian supaya kita dapat mentarbiyyah diri ke arah kebaikan. Manusia ingin mendapat kebahagiaan dengan segera. Namun, pergantungan terhadap-Nya masih kurang. Allah ingin kita bersujud dan berdoa kepada-Nya. Sentiasalah bersabar dan redha dengan apa sahaja yang berlaku. Seandainya tidak memperolehi kebahagiaan di dunia, In Shaa Allah di akhirat kelak.

Cinta Allah tiada pengakhirannya. Kasih sayang dari Allah tidak bertepi. La tahzan andai diuji kerana Allah sentiasa ada. Bersyukurlah andai kalian diuji, kerana itu tandanya Allah sayangkan kita. Jadikanlah Allah sebaik-baik pergantungan. Setiap kepahitan, di akhirnya pasti ada kemanisan. Setiap ujian atau kesedihan, di akhirnya pasti ada kebahagiaan. Pelangi selalunya akan muncul setelah hujan. Macam tu jugak kebahagiaan. Akan datang setelah kita menempuh pelbagai ujian, dugaan & cabaran. Wallahua'lam...

That's all.

Jangan lupa senyum ok! :)

-Laailahaillallah-

Foto Saya
Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya