topbella

Khamis, 27 Oktober 2016

Layakkah Aku Bahagia...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Di dalam bilik, aku bersendirian. Mak, abah dan adik dah tidur. Adik aku sebelah ni kuat betoi 'berdengkur'. Huhhh! Sekarang, aku dah tak dengar cengkerik mengerik. Intai bintang pun dah tak gemilang. Even dah pagi, kelihatan lagi seperti malam. Suasana sangat sunyi membuat bumi seakan tak bergraviti, dunia tak menyapa. Memang sunyi sangat-sangat lahh.

Then, aku menjeling jam di handsetku. Jam menunjukkan tepat pukul 2 a.m. Haa?? Dah pagi. Rilekss la malam masih muda. Cewahhh!

Sesaat demi sesaat...
Seminit demi seminit...
Sejam demi sejam...
Sehari demi sehari...

Masa pantas berlalu pergi sehingga diri ini tidak sedar sudah 10 hari lebih di rumah. Sekarang, tengah sem break .. huhu.
Ok fine.. Sebab dah lama aku tak update entry, pagi buta ni aku nak post tentang satu title 'Layakkah Aku Bahagia'.

Sejujurnya, kita semua layak mendapat kebahagiaan di dunia mahupun akhirat. Untuk mengecapi kebahagiaan, perkara yang pertama ialah kita sebagai umat Islam mestilah mengutamakan Allah Yang Satu. Dari situ, barulah kita akan merasa indahnya hidup ini. Apabila kita mempunyai hubungan yang erat dengan Allah, nescaya Allah akan eratkan hubungan kita sesama manusia. 

"Letakkanlah kecintaan kepada Allah dan rasul terlebih dahulu sebelum meletakkan kecintaan kita terhadap seseorang”.


“Kita seringkali berbisik di dalam hati, “Layakkah aku bahagia?”

Allah memberikan jalan-jalan yang sukar untuk kita tempuhi dahulu sebelum Dia menghadiahkan pelangi yang indah buat kita. Sebelum kita mendapat kebahagiaan, Allah akan memberi ujian supaya kita dapat mentarbiyyah diri ke arah kebaikan. Manusia ingin mendapat kebahagiaan dengan segera. Namun, pergantungan terhadap-Nya masih kurang. Allah ingin kita bersujud dan berdoa kepada-Nya. Sentiasalah bersabar dan redha dengan apa sahaja yang berlaku. Seandainya tidak memperolehi kebahagiaan di dunia, In Shaa Allah di akhirat kelak.

Cinta Allah tiada pengakhirannya. Kasih sayang dari Allah tidak bertepi. La tahzan andai diuji kerana Allah sentiasa ada. Bersyukurlah andai kalian diuji, kerana itu tandanya Allah sayangkan kita. Jadikanlah Allah sebaik-baik pergantungan. Setiap kepahitan, di akhirnya pasti ada kemanisan. Setiap ujian atau kesedihan, di akhirnya pasti ada kebahagiaan. Pelangi selalunya akan muncul setelah hujan. Macam tu jugak kebahagiaan. Akan datang setelah kita menempuh pelbagai ujian, dugaan & cabaran. Wallahua'lam...

That's all.

Jangan lupa senyum ok! :)

-Laailahaillallah-

0 ulasan:

Foto Saya
Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya