topbella

Khamis, 13 Julai 2023

Jauh perjalanan, banyaknya pengalaman... (PART 3)

 Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum readers blog yang masih setia menanti new entry masturah yang sudah sekian lama tak muncul-muncul. Rindu ler tu?? Eh! Bersawang berhabuk takyah cerita la. Huhuu.


Ok, jom sambung story mory kisah jauh perjalanan banyaknya pengalaman. (menulis sambil ditemani eton yang sedang nyenyak tidur sambil berdengkur mengalahkan bunyi cengkerik mengerik..)


So, tibalah hari orientasi selama beberapa hari…. Sungguh tak terduga aku bertemu dengan sahabat lama… Siapakah?? Jeng jeng jenggggg……


Zurianti.. Siapa tu? Haa mesti tertanya-tanya.. Dia adalah kawan lama sekolah rendah. Orangnya kecil comel dan manis. Puji ikhlas ye.... hukhuk.


Tak sangka dapat bertemu semula dengan zu (nama panggilan). Tak disangka jugak kami sama course. Dia Hrd jugak. Dalam masa yang sama, zu bertemu dengan kawan lamanya jugak, nisah namanya. Tinggi berkulit cerah dan sangat baik hati. Perwatakan zu dan nisah seakan serupa dengan aku. Kami ke kelas bersama-sama. Kadang ke kafe pun bersama. Tanpa disedari, mereka adalah kawan baik aku selama aku belajar di Unimas.


Sehinggalah.... Akhirnya.... Aku kecundang. Blurr.. Dengan kelas statistics. Macam addmath. Aku tak faham! Sungguh tak faham dengan apa yang lecturer ajarkan. Maybe sebab aku tak minat subjek math apatah lagi tak pernah langsung belajar atau ambil subjek addmath. Aku try hard belajar semula apa yang lecturer ajarkan masa tutorial. Tapi masih lagi blurr and tak faham. Alahai susahnya!!


Setiap kali aku masuk kelas, tak faham. Ermm.. Sehinggalah aku give up. Rasa macam dah memang tak boleh teruskan lagi. Ada lagi subjek lain yang aku betul-betul susah nak faham. Majoriti lecturer speak in English. Ada aku faham, ada jugak aku tak faham. Ada jugak buat-buat faham jela..


So, kalini memang betul-betul tak boleh nak teruskan. Nak berhenti! Mak! Nak berhenti! Macam tulah aku cakap bila call mak di kedah dalam keadaan memang rasa give up. Mak bincang dengan abah, adik beradik... Akhirnya.... Aku diberi izin oleh mak abah untuk tamatkan pengajian di Unimas yang tak sampai 1 semester pun. Baru dalam separuh.


Alhamdulillah.. Walaupun rata-rata alumni Unimas yang ambil course Hrd kata course ni paling mudah di Unimas, namun apakan dayaku. Aku tak mampu. Memang dari mula tak minat dengan pengurusan sumber manusia ni. Bila dah tak minat, banyak yang akan tak faham. So nak buat apa-apapun kena ada minat, ok?? Hehe.


Hari demi hari bersilih ganti.. Aku sedang sibuk menguruskan proses berhenti seorang diri di Unimas. Cuma kadang-kadang ditemani zu. Tak banyak prosedur berhenti. Hanya berurusan dengan fakulti, unit kemasukan dan kewangan ja. Alhamdulillah, duit yuran pendaftaran dikembalikan semula kerana tak sampai satu semester.


Hari demi hari berlalu pergi.. Selesailah sudah urusanku di Unimas dan dah siap packing barang, baju untuk balik ke negeri kelahiran. Macam tu je semuanya berlaku. Sekelip mata.


Inilah yang dinamakan jauh perjalanan, banyaknya pengalaman.


Pengalaman dapat naik kapal terbang.

Pengalaman bertemu kawan sekolah lama.

Pengalaman merasai hari orientasi kolej bunga raya.

Pengalaman menguruskan urusan berhenti.

Dan paling pengalaman sekali dapat belajar statistic even tak faham. Hahahaha.

Sesungguhnya semua ini adalah pengalaman paling berharga buat diriku.


Percayalah, di akhir pengalaman, pasti ada pengakhiran. Eh! Berhenti Unimas bukanlah pengakhiran belajarku.


Aku meneruskan lagi belajar. Haaa di mana pulak? Jeng jeng jenggg.. Nantikan... (Upss part 4 la eh)


Bersambung...


-Laailahaillallah-

Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya