topbella

Ahad, 25 Ogos 2019

Aku Gadis Bertudung Labuh...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum readers blog.. Sori dah lama tak update entry sebab kekangan masa.

Ok, harini nak share tentang indahnya bertudung labuh or menutup aurat dengan sempurna.


Ada yang tanya,

"Awak memang pakai tudung labuh ke?"

Sebenarnya, kadang-kadang saya bertudung bidang (bawal) jugak. Bidang 50-60. Kat rumah pun.
Tapi, selalu ke kelas bertudung labuh.
Sebab malas nak bertudung bidang.
Nak kena lilit sikit kan.

"Berapa lama dah pakai tudung labuh atau bidang?"

Sebenarnya, sejak dari pasti lagi. Mak yang jahitkan tudung zaman pasti. Sedikit labuh dari kanak-kanak lain. Mak abah memang didik sejak dari kecik lagi.
Pastu tadika. Sekolah rendah. Sekolah menengah agama. Maktab Mahmud.
Sehingga masuk Unimas memang bertudung labuh.
Sekarang, Kuis.

Bila sekali bertudung labuh, hampa akan rasa janggal bila nak bertudung singkat or bidang 45.
Trust me!
Rasa macam geli pakai tudung tak lebih dari paras bahu dan dada.

"Macam mana nak istiqamah?"

Niatkan kerana Allah, abaikan apa yang orang sekeliling kata.
Yela. Ada yang kata, tudung labuh nampak macam makcik-makcik, selekeh ja.

Bila bertudung labuh, akan rasa tenang.
Rasa terpelihara tau.
Aurat bukan sekadar tutup rambut ye.
Tapi, aurat tu. Jaga apa yang disuruh oleh Islam dan diperintah oleh Allah S.W.T.

Aurat rambut,
Tutup dengan tudung melebihi paras dada, tak jarang.
Make sure seiring dengan baju ye.

Aurat pergelangan tangan,
Tutup dengan sarung lengan or "handsock".
Supaya bila makan, tangan baju ditiup angin, terselak, tak nampak lengan.

Aurat kaki,
Tutup dengan sarung kaki. Selalunya hitam or coklat.

One more,
Bila pakai jubah, baju kurung or kain,
Pakailah "kain dalam" or seluar panjang di dalam kain tu.
Supaya bila naik motor, jalan, kain luar tu terselak, tak nampak la kaki or bentuk kaki tu.

Ingat, kita jaga diri dan pakaian kita.
Allah akan jaga kita.

InsyaAllah, di mana-mana orang akan hormat dan suka kita.
Seiringkan akhlak dengan pakaian, baru molek.
Yang paling penting, Allah lagi suka.

Kalau bukan sekarang nak berubah, bila lagi kan?

Nak tunggu dapat hidayah?
Hidayah tak perlu ditunggu. Tapi, perlu dicari.

Apapun, Islam tak pernah melarang kita berfesyen, tapi pastikan patuh syariat.

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." 
(An-Nur : 31)

"JOM LABUHKAN TUDUNG ANDA WAHAI KAUM HAWA." 

P/s : Bertudung labuh or bidang tak semestinya untuk pelajar sekolah agama je, tapi semua yang bergelar "muslimah". Bukan pilihan, tapi kewajipan menutup aurat.

Sharing ni just copy from My Facebook. Hihi..
-Laailahaillallah-

4 ulasan:

Kongsi Le berkata...

Terima kasih

fatimah berkata...

Selalu beli tudung labuh dekat mana ?

Masturah Marzuki berkata...

Saya beli kain kosong tudung 60 di kedai kain, gunting & jahit sendiri ☺

Unknown berkata...

yorkies for sale
yorkie puppy for sale near me
yorkie for sale near me
yorkie poo for sale
yorkie for sale

Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya