topbella

Jumaat, 21 Januari 2022

Jauh perjalanan, banyaknya pengalaman... (PART 2)

Bismillahirrahmanirrahim..

Krikkk.. krikkk.. krikkkkkk.... (Bunyi cengkerik)

Assalamualaikum.. 

Ok, lets straight to the story.. Haritu saya update nak sambung citer kan? hehe..

Al-kisahnya.... 
Bersambunglah cerita perjalanan masturah yang biasa-biasa ni demi mengejar impian menyambung pengajian ke peringkat degree.

Namun, impian untuk berkecimpung di dalam bidang pendidikan musnah.. Akhirnya, aku dapat tawaran belajar di jeng jeng jengggg jeng jeng jeng jengggggggggggggggggggg... (suspen la sikitt...)


UNIMAS!!!

Tau dak UNIMAS tu kat mana? Nuu kat Sarawak nuuuuuu....
Tau dak Sarawak tu kat mana? Nuuu kat pantai timur nuuuu.....
Kena lintas laut naik belon. Bukan kayuh gerek naa..

Aku blurrr.. Tak sure sama ada nak terima or reject! Macam nak reject calon pulak dah. hahaaha..

Aku bincang dengan mak abah dan adik-beradik, the most important is talk to Allah. Doa serta istikharah. Minta petunjuk dari Allah. Hanya Allah sebaik-baik penentu dan perancang perjalanan kehidupan kita. Kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cinta.

Beberapa hari berlalu..

Mak dan abah syorkan terima tawaran tu. Itu namanya rezeki. Rezeki tak pernah salah alamat. Cuba dulu, jangan terus reject.. Bukan senang nak dapat rezeki belajar jauh di negeri orang. Hidup merantau jauh dari mak abah. Mak abah macam nak anak ke3 depa ni duk jauh dari depa je.... huhu.
Jawapan dari kata hati aku sendiri, cuba terima.

Tiba lah hari untuk aku klik bahagian terima tawaran. Dan surat tawaran pun keluar. Dup dap dup dapp.. Dah klik terima takleh patah balek dah. Aku terima dengan seikhlas hati demi menuntut ilmu.

Tertera di surat tawaran course Pembangunan Sumber Manusia atau lebih dikenali Human Resource Development (HRD). 

Dalam fikiran, apabenda la course ni. Pestime baru dengar.. haha. Duk fikir pasal bangunan kot.. Biasa la tengah dewasa lagi masa ni. Tula duk dalam gua lama sangat kan sampai tak tahu.. hahahaa.

Aku terus search pakcik google, call tanya along tentang HRD.

Hari demi hari berlalu dan terus berlalu, sibuk packing baju seperti tak balek dah sampai bila-bila. Bukan 1 beg, 2 3 beg. Haha. Perempuan.. Terfikirkan tak sampai hati nak duk jauh dengan mak abah. Debaran kian terasa. Berdebar bukan nak melangkah masuk ke Unimas tapi berdebar nak naik belon. Dah terlalu lama tak naik flight. Hihi.. Hari-hari duk tawaf  je dalam rumah. Ni dapatlah merasa terbang di awan nano pulak. Huhu.

Kini, hari yang dinanti telah tiba, tarikh untuk melapor diri ke Unimas dibuka selama alaaa lupa la.

Mak, tokwan n tok ikut dan temankan aku sampai ke Sarawak. Along ada kat sana. Posting sana. Masa ni along tak kahwin lagi. Jemput kami di Aiport Kuching.

Perasaan nebes ada sejak di Airport Penang. Maybe sebab merantau jauh. Tinggal jauh dari mak abah nanti. Huhu..

Tiba ja di Aiport tu, ada sekumpulan wakil pelajar macam MPP tu menanti ketibaan para pelajar baru dari semenanjung tiba termasuk aku. Segak berpakaian formal kemas dengan vest. Dari jauh mereka melemparkan senyuman kat kami. Aku bersendirian tanpa mengenali sesiapa pun pelajar yang sama-sama mai dari Semenanjung. Hanya mak, tok & tokwan peneman diri ini. Alhamdulillah, takda la rasa keseorangan sangat.

 

Kami berkumpul di satu sudut luar Airport & diberi sedikit taklimat oleh salah sorang wakil pelajar. Ada jugak disediakan bas untuk pelajar yang mai sendirian dari semenanjung tanpa ditemani oleh keluarga. Aku pi Unimas dengan along & mak ja. Tok & tokwan tinggal kat rumah sewa along. Tak ikut sekali sebab mungkin agak penat nak kena tunggu uruskan kemasukan kat Unimas tu.

Melangkah masuk ja, tak tahu la nak gembira or sedih.. 3 tahun rasa agak lama. Setelah selesai sesi pendaftaran semua termasuk hantar aku ke asrama, mak n along pun balek. Sayuuu… hati ini makin sayuu…..

 

Tibalah hari orientasi selama beberapa hari…. Sungguh tak terduga aku bertemu dengan sahabat lama… Siapakah?? Jeng jeng jenggggg……

 

Bersambung part 3. InsyaAllah kalau masturah rajin. Hahahahahaa…


-Laailahaillallah-

0 ulasan:

Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya