topbella

Khamis, 22 Julai 2021

Jauh perjalanan, banyaknya pengalaman...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Hai apa khabar blogger sekalian..? Sori sebab dah lama sangat tak update entry blog.

Bersawang dah aih...

Ok, pagi ni nak share cerita atau sedikit pengalaman indah. Tapi ada jugak yang tak indah. huhu..

Sebelum baca jangan lupa senyum ya! hehe.

.............................................................................................................................................................................................................

Jujur, setelah dapat ja result STAM aku memang berniat nak sambung belajar ke Mesir. Hati teringin sangat nak menuntut ilmu di bumi para anbiya’. Namun, apakan daya. Hanya niat semata. Tiada keizinan dari ibu dan bapa. Aku sedar redha mereka melebihi dari segala-galanya. Redha Allah terletak pada mereka.

رضا الله فى رضا الوالدين وسخط الله فى سخط الوالدين

“Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah tergantung kepada kemurkaan kedua orang tua.” (HR. Tirmidzi)

Mak dan abah risau nak bagi pi belajar duduk jauh dari mereka. Aku faham. So batalkan niat dan isilah UPU. Cita-citaku ingin menjadi seorang ustazah/guru sejak dari kecil. Tak kira la guru tadika ke, guru pelajaran akademik ke, ustazah ke. Yang pasti mengajar dan mendidik. So, dalam UPU tu ada 8 pilihan boleh isi. Aku isilah pilihan 1 2 3 adalah UPSI. Kos Pendidikan. Seterusnya lain tu USIM, UKM, UNISZA, UPM dan pilihan last UNIMAS.

Sementara tunggu result UPU keluar, cari pengalaman bekerja sebagai guru ganti di sebuah sekolah rendah Islam swasta. Then, terus jadi guru tetap. Mengajar Bahasa Arab darjah 2, 4 & 6. Guru besar minta jadi guru kelas untuk darjah 6B. Di sinilah bermulanya pengalaman pertama seorang masturah dalam mencari cebisan ilmu mengajar dan mendidik murid-murid kelas A dan B. Sentiasa mengukir senyuman. Kesabaran kena tinggi. Cabaran tetap ada. Namun, bahagia sentiasa terukir di setiap saat, minit, jam selama mengajar di situ. Huhu.. Cebisan kenangan yang paling indah adalah saat dapat hadiah sempena hari guru pada 16 Mei. Tarikh yang sentiasa terpahat di dalam ingatan seorang guru. Hihi… Guru mana la yang tak bahagia kan dapat hadiah paling banyak. Masturah seorang ustazah yang mengajar Bahasa Arab yang sentiasa berperangai persis bodo-bodo. 

Bak kata Prof Dr. Muhaya, kena buat bodo-bodo sikit. Tapi, ni sebagai guru. Means tak boleh straight sangat or tegas. Boleh tapi biarlah bertempat. Bukan sepanjang masa. Alaa tak salah pun jadi macam budak-budak sikit. Asalkan suasana semasa mengajar di dalam kelas tu enjoy dan suasana pembelajaran tu hidup. Ni tak, krik-krikk je kelas. Asyik baca tulis baca tulis baca buat latihan. Tak ke murid-murid bosan? That’s why kena pelbagaikan kaedah mengajar setiap hari. Takda la murid-murid layu je. Mengajar kena banyak bersabar. Pikul tanggungjawab dan amanah dari Allah SWT. Niat kena betul. Kalau tak betul, kena sentiasa tajdid semula niat. Paling terkenang di saat aku mengajar seorang murid darjah 6B kelas belakang ni yang tak pandai baca Bahasa Melayu apatah lagi Bahasa Arab. Bayangkan… Dah darjah 6 kot. Tapi, inilah hakikatnya. Tak semua murid pandai mengenal, membaca, mengeja dan menulis. Sebab tulah adanya pra-sekolah, tadika, pasti, little caliph dan sebagainya. Tempat bermulanya proses pembelajaran anak-anak. Apapun, mendidik ni sebenarnya bermula dari rumah oleh ibu bapa. Mengajar mengenal Allah dan Rasulullah yang utama. Kemudian, barulah masukkan anak-anak ke pra, tadika, pasti dan sebagainya. Di samping ibu bapa mengajar dan mendidik anak-anak di rumah, di sekolah lah guru membantu. Ibu bapa jangan serahkan sepenuhnya tanggungjawab mengajar dan mendidik ni 100% pada guru. Ibu bapa perlu mainkan peranan yang penting sama juga dengan guru di sekolah. Jalankan tanggungjawab yang diberi. Membebel pasai mengajar la pulak si masturah ni. Hahahaa… Just sharing my 2 cents opinion ok! 

Ok berbalik kepada murid tadi, aku mengajar dia sampai boleh baca perkataan Bahasa Arab. Alhamdulillah.. Dia dapat A dalam peperiksaan Bahasa Arab. Kalau tak silap peperiksaan pertengahan tahun. Tibalah masanya hari sgn buku rekod. Aku gugup. Tangan terketar-ketar. Hati berdegup kencang. Malu semua ada. Sebab inilah merupakan first time aku berdepan dengan waris/ibu bapa murid-murid tahun 6B. Dengan muka blurrnya. Hahaa.. Serius macam tak layak. Tapi, memang rasa betu-betul tak layak jadi guru kelas. So, sampailah turn murid yang tak reti baca tadi. Mak ayah dia datang ke meja tempat sign buku rekod. Perati punya perati sampai dekat subjek Bahasa Arab, mak dia terkejut tengok tertulis kat situ A. Yelah sebelum ni, ustaz yang ajar tak pernah-pernah dapat A, asyik gagal je. Aku pandang je mak dia dengan mata yang tajam. Air mata hampir mengalir. Mungkin menahan sebak di dada. Menahan butir-butir jernih yang hendak mengalir.

Mak dia tanya aku, “Ustazah mana yang ajaq Bahasa Arab? Nak sangat ucap terima kasih.”

Aku terdiam. Tak terkata. Takkan nak mengaku pula. Duduk di sebelah aku, guru Sains darjah 6. Dia lah yang jawab pertanyaan mak murid tu.

“Ni ustazah Masturah yang ajaq.”

Aku apalagi.. Tersipu malu bukan syok sendiri naa. Turut bahagia.

Tunggu punya tunggu… Result UPU pun keluar.

Impian untuk berkecimpung di dalam bidang pendidikan musnah.. Akhirnya, aku dapat tawaran belajar di……………………………... (Cuak + kecewa)

 

Patutkah aku terima tawaran ni Ya Allah?

 

Jeng jeng jenggg.. Bersambung...

    -Laailahaillallah-

1 ulasan:

Kasih yg satu berkata...

Menanti penuh sabar

Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya