topbella

Rabu, 3 Mei 2017

Malu itu sebahagian daripada iman...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum bloggers yang cantek, comel molek, handsome.. Ada yang rindu mas ke? kikiki.

Ok, tengahari ni nak share tentang 1 citer yang takkan pernah hilang dari memori. Ku simpan rapi & kemas dalam ingatan. Cewahhh!

Al-kisahnya...

Haritu aku pergi Bts (Bandar Tasek Selatan), tengah beratur panjang nak beli tiket balek Bangi kat kaunter, ada ler sorang makcik datang menghampiriku,

"Adik, boleh tak nak mintak tolong sikit?"

"Tolong apa makcik?"

"Tolong belikan makcik tiket ke Serdang. Makcik tak larat nak beratur panjang."

Aku pun tolong belikan. Sedih tengok makcik tu. Nampak letih. Bawa beg besar lagi.

Then, lepas beli, aku pun toleh ke belakang untuk bagi tiket kat makcik tu.

Terkejut berukkk!!!

Tau terkejut pasaipa???

Aku pandang belakang then nampak semua yang beratur belakang aku tadi ramai lelaki. Semua perati aku. Ya Allah! Malu gilerrr... Malu kan sebahagian daripada iman. Normal la tu seorang muslimah mesti memiliki sifat malu. Jangan tak tahu malu dah lerr.. hihi.

Pastu aku pi kat makcik tu yang tengah duduk kat kerusi berdekatan kaunter.

"Terima kasih dik."

"Sama-sama, makcik."

"Tahu tak kenapa makcik mintak tolong adik ni beli tiket?"

"Tak tau." Balasku ringkas.

"Sebab masa beratur dari belakang, makcik seolah-olah nampak nuur (cahaya) kat adik."

"Ya Allah! Betoi ka?" Aku tertunduk malu.

"Ya. Terima kasih sekali lagi ya dik."

Makcik tu terus pergi.

Bila cakap tentang malu, ramai muslimah zaman kini yang kurang memiliki sifat malu. Tak semua, segelintir je..

"Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak agama Islam adalah malu."

Letaklah sifat malu pada PANDANGAN, PERCAKAPAN & PERBUATAN.
Barulah bila dikatakan malu, sebahagian daripada iman.

Sifat malu itu baik.
Tapi, lebih baik jika ada pada seorang perempuan.

Dear muslimah,
"Jadikan malumu berharga, kelak maruahmu akan terpelihara."


"الحياء من الإيمان"

"Malu itu sebahagian daripada iman."


Tu je nak share. Moga bermanfaat. Jangan lupa senyum! Hehe.

*menulis sambil makan popcorn. Wekkk!


-Laailahaillallah-
Foto Saya
Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya