topbella

Rabu, 2 Ogos 2017

Aku bukan Malaikat.. Aku bukan Bidadari... Solehahkah aku?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Tuttttttttttttttt.... Sekarang dah jam 2.15 a.m. But, mata still belom ngantuk n takleh nak pejam. Hurmm.. Ada someone rindu kot! Wekkksss. Naseb baiklah sekarang tengah cuti midsem. Yuhuu! Hehe.. Ada ler sikit masa free even actually balek rumah kat Kedah ni nak study tuk exam midterm. Esok-esok kot study. Hahaaa...

Back to my entry.. Aku bukan Malaikat.. Aku bukan Bidadari... Solehahkah aku?
Cerita ni tentang aku. Bukan orang lain. Harap dapat dijadikan sumber inspirasi buat hampa yang nak berubah & berhijrah ke arah kebaikan. It's not about riak, but I just sharing this beautiful moments with uollss.

Bagaimana aku boleh berhijrah (berpurdah)?

Wallahi! Banyak memori or peristiwa terindah yang berlaku sepanjang proses penghijrahanku.
Aku dapat hidayah tak seindah orang lain yang dapat hidayah. Tapi, bagi aku inilah Al-Manam (mimpi) yang terindah dalam hidupku.

Suatu pagi tu, dalam pukul 3.30 a.m, aku tersedar dari tidur dan terus bangun. Mata masih mengantuk dan kabur dengan lenaan yang panjang. Walaupun masa tu dah pagi, tapi kelihatan lagi seperti malam. Suasana sangat sunyi membuat bumi seakan tak bergraviti, dunia tak menyapa, cengkerik tak mengerik dan bintang tak gemilang. Betapa peliknya tiba-tiba ja aku terasa nak bangun. Tampaknya malam masih muda dan gelap lagi. Angin malam berhembus menusuk sukma, menggetarkan raga dan membuat suasana kian mencekam.

Alang-alang bangun sepertiga malam ni, hatiku terus terdetik untuk buat solat tahajjud dan hajat. Lagipun, tengah dalam fatrah imtihan. Lepas solat, tiba-tiba hati rasa gementar nak jawab exam Bahasa Arab esok tu. Aku bertasbih beberapa kali. Biar hati tenang, biar jiwa tenteram.

Usai bertasbih semua, aku beradu semula di atas tilamku yang empuk. Tilam yang bercadar kartun Mickey Mouse. Hihi. Tiba-tiba, dalam lenaku...................................................................................

Aku bermimpi.

Allahu Akbar!!! Mimpi yang cukup indah. Aku tak pernah alami mimpi macam ni dalam hidup. Ini memang benar-benar mimpi yang indah.

Mimpi apaaa???

Aku bermimpi tentang sebuah taman yang sangat indah dan cantik. Terdapat banyak bunga-bungaan kat taman tu. Berwarna-warni. Bentuk taman tu seperti bulatan.
Aku terkejut! Terkejut bila melihat ada seorang bidadari yang berpakaian jubah putih dipenuhi manik-manik yang berkilat kat situ. MasyaAllah! Jelita sangat bidadari tu. Bidadari tu berada kat tengah-tengah taman yang dipenuhi bunga-bungaan yang berwarna-warni. Aku seakan-akan berjalan dalam mimpiku. Aku teringin nak lihat wajah bidadari tu. Malangnya, dia pandang depan. Tak lama kemudian, bidadari tu toleh ke belakang dan perati kot aku. MasyaAllah! memang bidadari tu cantik jelita persis bidadari Syurga.

Bila sebut bidadari Syurga, of course la cantik jelita kan? Allah jugak menggambarkan bidadari sebagai makhluk yang cantik jelita. Syurga pulak luasnya melebihi langit dan bumi. SubhanAllah!

Aku terkejut lagi! Bidadari tu pakai purdah. Aku pandang wajah bidadari tu. Walaupun tak kelihatan wajahnya, tapi terserlah kejelitaannya. Aku pandang matanya yang bersinar-sinar. SubhanAllah! Matanya persis sekali macam mata aku. Terasa seperti ada titisan air mata gugur di pipiku.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Azan Subuh berkumandang di halwa telingaku. Aku terjaga dari mimpi tadi. Rupanya memang ada titisan air mata kat pipi. Ya Allah! Siapakah bidadari tu? Adakah tu aku? Aku bercakap sorang-sorang. Aku bangun, berwudhu' dan solat Subuh.

Sampai sekarang, aku masih terbayang wajah bidadari yang berpurdah dan berjubah putih tu. Namun, mimpiku hanya seketika. Adakah mimpiku hanya mainan tidur atau terselit sesuatu petunjuk untukku? Wallahua'lam.

Hanya Dia yang tahu.

That's why aku berhijrah. Berpurdah.

Apa warna-warni disebalik penghijrahanku?

Banyak. Banyak sangat. Ni yang aku nak cerita sikit je. Sebab jari dah letih nak taip panjang. Haha.

First time aku berpurdah masa final exam sem 2.

Hari exam tu, aku bergegas keluar dari bilik dan melangkah kaki dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim" dan terus tunggu kat depan lif. Ya Allah! Bila aku mengorak langkah keluar dari bilik, seolah-olah ada angin yang bertiup menghembus wajahku. SubhanAllah! Adakah sebab harini aku start berpurdah? Aku mengomel sendirian. Haha.

Pastu, pintu lif terbuka. Terkejut! Sebab lif dipenuhi dengan student yang nak exam petang tu. Aku masuk dan terasa pelik bila semua memandangku.

Muncul la dihatiku, "Eh! Awat depa ni tengok-tengok aku?"

"Senget ka tudung aku? Senget ka purdah aku?" Aku menggerutu dalam hati.

Kemudian, pintu lif terbuka kat tingkat 4. Ada sorang muslimah masuk dan berdiri di sisiku.

"Adik ni baru pertama kali berpurdah ye?"

"Yaa.. Saya baru start pakai harini."

"Macam mana akak boleh tau?" Aku menyoal sambil berkerut dahi.

"Alhamdulillah. Muka adik ni nampak ada Nuur. Walaupun tak nampak wajah. Sebab tu akak tanya."

Dia tersenyum sinis.

"Ada nuur?" Aku menyoal lagi.

"Yaa.. Teruskan istiqamah ye dik."

"In Shaa Allah. Doakan ye."

Lepas dah habis exam, dalam perjalanan balek ke hostel, kat susur gajah, ada 2 orang perempuan yang pandang aku sambil tersenyum. Aku pun pandang dengan senyuman even tak kenal depa. Buat-buat kenal jelah. Tak tau la sebab apa mereka pandang aku.

Bagaimana nak berhijrah?

Nak berhijrah tu senang. Istiqamah yang payah. Nak berhijrah harus dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas mengharap keredhaan Allah s.w.t. Perubahan diri yang dimulai dengan niat pasti mendapat pertolongan Allah. Tapi, kalau nak berhijrah ke arah kebaikan dengan niat nak cantik atau menunjuk-nunjuk, pasti akan mengundang kemarahan Allah dan kebaikan yang dibuat tu takkan kekal lama. Trust me! Bagi aku, berhijrah ni bukan perkara yang mudah ok. Ianya sangat memerlukan kekuatan iman, fizikal dan mental. Berhijrah memerlukan pengorbanan. Setiap orang disekeliling  akan lihat perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apatah lagi mengecam. Tulah rencah dan dugaan hidup yang perlu dilalui. Jangan kecil hati dan kuatkan semangat. Be positive!!! Jangan mudah luntur semangat dengan hanya percakapan kosong orang-orang yang iri hati dengan perubahan positif kita. Ok???

Orang yang berhijrah ni mungkin hanya diumpat demi untuk hijrah diri. tapi Rasulullah s.a.w pernah dibaling batu dan disakiti oleh golongan Kafir. Jadikanlah kisah baginda sebagai suatu pendorong untuk terus istiqamah mengubah sikap.

Berhijrah ni bukan setakat berpurdah, berniqab, Malah niqabkan jugak hati, akhlak.

Dear hawa yang comel,

Jika dulu tak pernah solat langsung, try solat.
Solat di awal waktu.
Jika dulu seorang yang freehair, try pakai tudung pelan-pelan.
Try pakai kalau nak pi mana-mana.
Jika dah selesa, teruskan pakai tudung even tudung masih singkat.
Then, try labuhkan tudung supaya menutupi dada dan patuh syariat Islam.
Mula-mula, pakai tudung bidang 45, pastu bidang 50,  pastu bidang 55, pastu try pakai tudung bidang 60.
In Shaa Allah, boleh.
Nak pakai shawl? Belit sana-sini?
Boleh dear. Tak salah. Selagi masih labuh melebihi paras dada.
Jika dulu keluar rumah tak pakai sarung kaki (stoking),
Try kali ni keluar rumah sarungkan kaki dengan stoking.

Remember!
Lengan jugak aurat!

Jika dulu lengan baju sentiasa terselak ketika makan atau ditiup angin, try pakai sarung tangan (stongan).
Tak panas! Sejuk ja. Try ye!

Sekarang, pemakaian dah perfect!
Awak akan nampak cantik dan comel. Trust me!

Sekarang pulak, perlu jaga batas-batas seperti solat, hubungan dengan Allah, ibu bapa dan manusia. Ikhtilat jangan lupa! Jangan pandang remeh ye!

Islam tu agama yang mudah.
Bukan payah.

Jika ada niat berpurdah atau berniqab,
Niatlah LillahiTa'ala bukan kerana manusia.
Dahulukanlah yang wajib sebelum melakukan yang sunat.
Biar lambat, asalkan istiqamah.
Hidayah itu milik Allah.

AKU BUKAN ORANG BAIK.
AKU BUKAN ORANG BAIK.
AKU BUKAN ORANG BAIK.
AKU CUBA BERUSAHA MENJADI SOLEHAH DAN YANG TERBAIK.

Aku sangat menjaga aurat, maruah, akhlak dan ikhtilat.
Sebab tu yang diajarkan oleh mak dan abah.

Ramai yang mengenali namaku, Masturah.
Fb (Aisy Nur Masturah II). Ig (aisy_nur_masturah).
Tapi, tak ramai yang mengenaliku.
Benar-benar mengenali siapa diriku.

"Biar tak dikenali di dunia, asalkan dikenali di langit atas sana."

Seperti Uwais Al-Qarni, penghuni langit.
SubhanAllah!

So, sekarang, Masturah dah berpurdah ka?

Jawapanku, Yaa.. Tapi, hanya niatkan LillahiTa'ala berpurdah di Kuis dan sekitarnya sahaja.
Bukan sepenuhnya lagi. Wallahi! Jauh disudut hati nak berpurdah sepenuhnya.
The most important, niat tu.

Tapi, ada asbab tertentu yang menghalang.
Apakah???
Biarlah menjadi rahsia dan hanya Dia yang tahu.
Aku berpurdah di Kuis jugak tuk melindungi diri. Kan belajar di perantauan. Jauh dari family.
Mak dan abah bagi keizinan. Alhamdulillah.

Just doakan aku dapat berpurdah sepenuhnya suatu hari nanti. In Shaa Allah wa Bi Iznillah.

So, sesiapa yang jumpa saya tak berpurdah kat Kedah tu, don't judge me ok!

Aku bersyukur sangat kepada-Nya sebab terpilih menerima mimpi yang cukup indah dan takkan aku lupakan sepanjang hidupku. Akanku kunci kemas dalam memori.
Ini mimpi yang benar, bukan palsu.
Bukan khayalan ataupun rekaan.

Mimpi ni dah diketahui oleh kakakku, Aina roomateku dan Afiqah sahabatku kelas C.
Sekarang, aku sharekan kat hampa pulak.

Sesungguhnya yang baik tu dari Allah. yang buruk tu dari diriku yang hina.

Ambillah ibrah dan ikut yang mana baik.
Yang buruk, jangan ikut eh!

Wallahua'lam. Moga bermanfaat! :)

p/s : Jika ramai yang berkenan atau nak bertaaruf (berkenalan) secara serius dengan aku semata-mata kerana sehelai cebisan kain di wajahku, lupakan ja. Aku takkan terima. Sebab aku hanyalah seorang muslimah biasa, bukan luar biasa yang ingin mengejar cita-cita dan menggapai redha-Nya. Tapi, jika sebaliknya, ada lelaki yang benar-benar ikhlas ingin mengenaliku kerana Allah s.w.t, aku akan pertimbangkan. Bi Iznillah.

-Laailahaillallah-
Foto Saya
Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya