topbella

Jumaat, 9 Oktober 2015

Aku Tidak Secantik Bidadari...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

haii readers blog!! maaf, aasif jiddan, sorry, mianhae sebab aku dah lama tak update entry.. buzy sangatt.. huhu.
haa, pagi yang indah + hujan renyai-renyai ni, aku nak story tentang new entry 'Aku tidak Secantik Bidadari'.

bila dengar perkataan 'bidadari', apakah yang kita imagine? mesti orang yang cantik dan perfect.. right??  tak salah kalau itu yang kita bayangkan sebab Allah menggambarkan bidadari sebagai makhluk yang cantik jelita.

seperti yang dikatakan dalam surah at-Tur ayat 20 :
"...Kami jodohkan mereka dengan bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya."

Nabi Muhammad jugak menerangkan :
"Sekiranya bidadari menampakkan wajahnya, terpancar keindahan di antara langit dan bumi."

perempuan seperti tu yang didambakan oleh kaum adam.. sebab secara fitrah, lelaki lebih suka memandang wajah yang cantik.. adakah mereka salah? ofkos tak.. sebab Allah menciptakan fitrah manusia menyukai keindahan dan kesempurnaan.. perempuan yang tak mempunyai penampilan menarik mesti berasa rendah diri dan tak confident mendapat jodoh di dunia.. mereka jugak sedar ada ramai perempuan yang lebih cantik daripada mereka.. kalau cantik, hati busuk tak guna jugak.. kan?? hehe.

kalau kita termasuk dalam golongan ni, jangan berasa rendah diri ye..
renungi syair kat bawah ni.. yang ni copy paste je.. hihi.

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga.
Tidak sedikit lebah yang meninggalkan bunga yang harum kerana sedikit madunya.
Ramai lelaki tampan yang tertarik dan terpesona dengan wanita yang kurang cantik kerana memiliki hati yang cantik.
Kecantikan sejati bukan pada wajah yang cantik tapi cantik dalam hati.

jangan sedih jika Allah menciptakan kita sebagai orang yang kurang sempurna, kurang cantik, ataupun memiliki kecacatan.. sebab lelaki soleh, kecantikan atau kesempurnaan fizikal tak menjadi kriteria utama dalam mencari pasangan hidup.. so, lelaki kat luar sana tu, carilah muslimah yang berakhlak baik dan bukan hanya kerana kecantikan fizikalnya.

sebagai seorang muslimah, kita mestilah mencantikkan hati supaya menjadi wanita yang diimpikan oleh lelaki soleh dan supaya kita cepat bertemu jodoh.. jiwa manusia tak boleh disamakan dengan keadaan fizikalnya.. tak mustahil Allah menyatukan dua jiwa yang sama tapi mempunyai fizikal yang jauh berbeza.

even kita tidak secantik bidadari, kita masih boleh dapat jodoh di dunia ni.. so, jangan berasa rendah diri dan bersikap pesimis dalam mencari jodoh.. Wallahua'lam.

renung-renungkan & selamat beramal.. hehe.

ok la.. jemari dah letik menaip.. so, aku tidur dulu ye!!

-Laailahaillallah-

Foto Saya
Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya