topbella

Sabtu, 16 Mei 2015

16 Mei 2015...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..
readers blog yang setia.. harini hatiku yang kecil tergerak nak update special something tentang 'Hari Guru'...

16 Mei 2015- Harini merupakan 'HARI GURU' yang sangat bermakna buat para guru sedunia.. seorang guru mesti tak sabar menunggu tibanya tarikh '16 Mei' because para pelajar mesti akan beri ucapan, present n macam-macam lagi untuk guru kesayangan mereka.. hehe.. 'GURU' umpama pelita untuk anak bangsa..

sementara menunggu untuk sambung study, aku jugak berpeluang menjadi seorang guru 'Bahasa Arab' (1 thn setengah) di Sri Islah Pendang,Kedah.. saat menjadi seorang guru, barulah aku sedar & tahu banyak dugaan n cabaran yang perlu dilalui oleh seorang guru.. huhh, banyak kerenah pelajar yang perlu dilayan.. namun, aku tahu seorang guru tak boleh 'give up' dalam mendidik pelajarnya untuk berjaya & menjadi seorang yang berguna.. di Sri Islah, aku mengajar tahun 2,4 & 6..

aku pun sama macam guru2 lain, menunggu kata2, ucapan dari pelajar-pelajar aku.. hadiahh??? aku tak mengharapkan apa-apa hadiah dari student aku.. apa yang aku harapkan ialah studentku melafazkan 'Terima Kasih Ustazah' & berjaya dalam pelajaran.. saat mereka mengucapkan kata-kata tu, hmmm... apa lgi??? terharu sangat n rasa nak crying je.. aku bukanlah seorang guru yang baik seperti malaikat.. aku hanyalah guru yang biasa n pernah melakukan kesilapan.. but,, Alhamdulillah.. student-student aku still nak belajar ngn aku.. aku jugak pernah merotan mereka especially pelajar 4B n 6B.. aku rotan ada sebab.. tanpa sebab aku pun tak sanggup nk rotan.. setiap kali pegang rotan, air mata hampir nak mengalir tapi aku tahan je.. mesti sakit aku rotan tu.. noww........ dah tahun 2015, pelajar-pelajar yang aku rotan tu masih ingat aku.. terharunyaaaa!!!

but,, yang peliknya student-student aku suka n sayang kat aku.. kenapa ye??? even aku ni pernah marah, rotan mereka.. Wallahua'lam..

stiap kali teringat n terkenang saat menjadi guru,, aku teringat,, pernah suruh mereka buat senaman 'si tommy' (search kat youtube).. best sgttttttttttt!! nak kata aku macam budak-budak??? biar laa.. janji happy n enjoy.. aku buat sebelom start pembelajaran.. because tak nak mereka tidor n hilangkan rasa ngantuk mereka.. hihi, macam-macam lagi seorang guru boleh buat semasa sesi pembelajaran.. tak semestinya baca n buat latihan dalam kelas jer.. aku?? tiap2 masuk kelas je, tak kira kelas 2A ka,2B,2C,4A,4B @ 6B.. aku lebih suka buat permainan untuk mereka.. macam-macam kaedah boleh buat.. contoh : kuiz, passing-pass, kotak beracun, soal jawab n banyak lagi.. permainan tu semua aku yang reka.. haha, melalui kaedah tu, pelajar lebih cepat faham n hafal perkataan Bahasa Arab.. ha,,, itulah aku.. 'Ustazah Masturah' seorang guru yang sentiasa ada ja permainan n idea ketika ngajar.. hehee..

Ahaaa!! ni la senaman si Tommy tu..

semua tu dah berlalu.. adakah student-student aku tahun 2A,2B,2C,4A,4B,6B masih mengingatiku??Wallahua'lam.. yang penting aku still ingat mereka n mereka still in my heart.. feeling je lbih.. haha..

huhhh,, dah letih story.. jari-jemari aku pun dah letih jugak menaip..

So, di kesempatan ni, aku nak mengucapkan 'HAPPY TEACHERS DAY' untuk semua insan yang bergelar guru di dunia.. terutama buat mak,abah n abangku yang tersayang.. 'Selamat Hari Guru'.. semoga terus tabah n sabar dalam menjadi seorang pendidik untuk anak bangsa..
'Selamat Hari Guru' jugak buat semua guru, ustaz & ustazah yang pernah mendidik aku di sekolah rendah mahupun menengah..
TERIMA KASIH CIKGU.. terima kasih yang tak terhingga.. Jasa kalian akan ku kenang n ingat selalu.. moga hidup kalian sentiasa dirahmati-Nya.. Eid Mu'allimin..

special for teachers..
berat, jika dianggap berat,
mudah, jika mengambil mudah
mulia, jika dilaksana dengan sepenuh jiwa raga dan Lillahita'ala..

Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilang diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, tingkah lakunya diTIRU.. SELAMAT HARI GURU...

ha,, nahh ada pantun sikit ni.. copy je..
Guru...
Dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru..

*semoga suatu hari nanti ada peluang untuk aku jadi seorang 'guru' semula.. guru yang bukan sekadar memberi ilmu untuk pelajar2.. malah mendidik pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang berguna, baik tatasusila n berilmu...Inshaa Allah...

-Laailahaillallah-

0 ulasan:

Foto Saya
Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya