topbella

Jumaat, 9 Oktober 2015

Aku Tidak Secantik Bidadari...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

haii readers blog!! maaf, aasif jiddan, sorry, mianhae sebab aku dah lama tak update entry.. buzy sangatt.. huhu.
haa, pagi yang indah + hujan renyai-renyai ni, aku nak story tentang new entry 'Aku tidak Secantik Bidadari'.

bila dengar perkataan 'bidadari', apakah yang kita imagine? mesti orang yang cantik dan perfect.. right??  tak salah kalau itu yang kita bayangkan sebab Allah menggambarkan bidadari sebagai makhluk yang cantik jelita.

seperti yang dikatakan dalam surah at-Tur ayat 20 :
"...Kami jodohkan mereka dengan bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya."

Nabi Muhammad jugak menerangkan :
"Sekiranya bidadari menampakkan wajahnya, terpancar keindahan di antara langit dan bumi."

perempuan seperti tu yang didambakan oleh kaum adam.. sebab secara fitrah, lelaki lebih suka memandang wajah yang cantik.. adakah mereka salah? ofkos tak.. sebab Allah menciptakan fitrah manusia menyukai keindahan dan kesempurnaan.. perempuan yang tak mempunyai penampilan menarik mesti berasa rendah diri dan tak confident mendapat jodoh di dunia.. mereka jugak sedar ada ramai perempuan yang lebih cantik daripada mereka.. kalau cantik, hati busuk tak guna jugak.. kan?? hehe.

kalau kita termasuk dalam golongan ni, jangan berasa rendah diri ye..
renungi syair kat bawah ni.. yang ni copy paste je.. hihi.

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga.
Tidak sedikit lebah yang meninggalkan bunga yang harum kerana sedikit madunya.
Ramai lelaki tampan yang tertarik dan terpesona dengan wanita yang kurang cantik kerana memiliki hati yang cantik.
Kecantikan sejati bukan pada wajah yang cantik tapi cantik dalam hati.

jangan sedih jika Allah menciptakan kita sebagai orang yang kurang sempurna, kurang cantik, ataupun memiliki kecacatan.. sebab lelaki soleh, kecantikan atau kesempurnaan fizikal tak menjadi kriteria utama dalam mencari pasangan hidup.. so, lelaki kat luar sana tu, carilah muslimah yang berakhlak baik dan bukan hanya kerana kecantikan fizikalnya.

sebagai seorang muslimah, kita mestilah mencantikkan hati supaya menjadi wanita yang diimpikan oleh lelaki soleh dan supaya kita cepat bertemu jodoh.. jiwa manusia tak boleh disamakan dengan keadaan fizikalnya.. tak mustahil Allah menyatukan dua jiwa yang sama tapi mempunyai fizikal yang jauh berbeza.

even kita tidak secantik bidadari, kita masih boleh dapat jodoh di dunia ni.. so, jangan berasa rendah diri dan bersikap pesimis dalam mencari jodoh.. Wallahua'lam.

renung-renungkan & selamat beramal.. hehe.

ok la.. jemari dah letik menaip.. so, aku tidur dulu ye!!

-Laailahaillallah-

Isnin, 31 Ogos 2015

M.A.T.I itu pasti...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

hai blogger-blogger yang dirahmati Allah.. kaifa halukum?? sihat? 
sori ye sebab aku dah lama tak update entry.. busy sikit.. ehehee.
Alhamdulillah.. harini ada masa type title baru 'Mati itu Pasti'..

mati itu pasti?? 
ya.. kemana saja kita lari, pasti akan merasainya.. korang lari la sampai oversea pun, kalau Allah dah tetapkan sampai masa kita mati, akan mati jugak.. Allah sebaik-baik perancang.. 
yang takutnya.. detik sakaratul maut yang tidak terperi sakitnya.. Allahu.. 
firman Allah yang bermaksud : 
"setiap yang hidup akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kami lah kamu akan kembali."
(surah Al-Anbiya' ayat : 35)

tiada sorang pun di dunia ni yang dapat imagine macam mana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.. ajal tak mengira usia.. ajal tak mengenal sesiapa sama ada mereka tu tua, muda ke, sihat, kaya atau miskin.. sekarang ni.. dah dengar macam-macam keadaan kematian.. mati sakit la, eksiden la, jatuh bangunan la, jatuh kapal terbang la.. Allahu.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam @ seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.. Allahu.. betapa sadisnyaa..
bayangkanlah betapa sakitnya dan dahsyatnya saat menghadapi kematian..
semoga kita mati dalam keadaan husnul khatimah.. Ameen.. 

Say 'Alhamdulillah' kerana kita masih diberi peluang untuk hidup @ bernafas pada harini..

jika esok last day Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ni, adakah kita sudah cukup bekalan untuk menghadapi alam barzakh & alam akhirat?? hanya amalan yang akan kita bawa ke alam kubur.. bukan harta @ kecantikan.. so, yang kaya tu tak payah lebih-lebih.. yang tak tutup aurat tu, please...... cover your aurat.. 
mati tak tunggu kita, but kita yang tunggu mati.. bersediakah kita untuk menghadapi kematian??
tepuk dada, tanya iman.. Wallahua'lam.

*Mati itu Pasti, Akhirat itu Realiti..

-Laailahaillallah-

Khamis, 30 Julai 2015

Kun Anta...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..
haii blogger-blogger yang tengah blogwalking.. meh jenjalan kat blog aku ni.. uhuuu.. korang singgah blog aku mesti nak tengok entry aku yang baru kan??
aasif jiddan (maaf sangat2) ye sebab tak sempat nak update entry baru.. kan raya tak habis lagi.. aku busy pi kutip duit raya.. ahakkksss.. ok.. sudah-sudah ler cakap pasal raya.. huhuhu.

harini terlintas di fikiran nak story-mory tentang 'Kun Anta'.. korang tau tak apa tu kun anta??
ada lagu yang Humood AlKhudher nyanyi tu.. sedap kan?? ehh, boleh makan ke? takk.. sedap di dengar.. sambil dengar tu fahami maksudnya ye.. hihi, kun anta ialah jadi diri kamu sendiri.. dalam diri korang mesti ada rasa nak cantik, pandai, kaya la.. betoi tak?? like me.. aku pun rasa macam tu jugak.. rasa nak bersaing je dgn orang lain.. jealous tengok kawan cantik sikit, diri sendiri pun nak cantik jugak.. lepas cantik, haaa,, start la timbul perasaan bangga, riak.. Nau'zubillahiminzalik.. semua tu tak penting.. jadi diri sendiri lebih bagus dari jadi orang lain.. buat apa nak jadi orang lain, nak jadi kaya la.. orang yang kaya tak semestinya baik n ramai orang suka ye.. takda semua tu pun takpa.. janji ada akhlak.. right?? ada akhlak yang baik mesti ramai orang suka.. even tak cantik macam Siti Norhaliza pun, ada akhlak yang baik akan menyerlahkan kecantikan kita tu.. hehe, so, be yourself.. tak payah nak tiru gaya orang lain ye..

haa.......ni ler lagu Humood AlKhudher tu.. kalau nak dengar search kat youtube ok..

KUN ANTA
Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina,
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir,

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)

Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x)
Kun anta tazdada jamala

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)  


ok la.. dah letih menaip.. idea pun dah kosong-kosong.. hehe..

*Ramai orang boleh jadi cantik dgn baju, make up, badan & lain-lain.. but, tak ramai boleh jadi cantik dgn akhlak, akidah & tutur kata.. Kun Anta!!!

-Laailahaillallah-

Ahad, 7 Jun 2015

Bidadari Kecil...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..
haii uollss!! readers blog yang hensem-hensem, kiut-miut.. whatever la..

hmmm... mesti korang tertunggu-tunggu aku update post about 'Bidadari Kecil' kan??
mesti tertanya-tanya apela mas ni nak story tentang 'Bidadari Kecil' ni... sori ye sebab late update.. hehe. aasif jiddan.. entri ni pasal my anak saudara ye bukan anak aku.. hehe.

Firstly, syukur sangat kepada Allah sebab kak ipar tersayang selamat melahirkan seorang bidadari kecil pada 2 Mei lalu.. yeayy!! aku dh jadi makcik.. excited gilerr.. maklumla first anak menakan ni.. hehe. nak tau tak nama paa?? kami sekeluarga sepakat memberi nama 'Nurul Husna' yang bermaksud cahaya kecantikan/kebaikan.. semoga peribadinya secantik namanya.. In Shaa Allah.. saja tak nak beri nama panjang sebab susah nak panggil.. hehe. now....... dah sebulan.. baby husna sangat comel mcm aku.. ahakkss.. perasan nyerr.. iras muka husna lebih kepada abahnya.. berat pun makin bertambah.. chubby gitu.. kerja husna ni makan, tidor, mandi.. yang tu je.. ada 1 hari tu, aku buat 'tuu-cakk' kat dia.. then, korang tau tak apa yang aku nampak?? MasyaAllah.. dia ada lesung pipit rupanya.. tu 1 anugerah yg Allah bagi kat dia.. syukur.. ada anak menakan yang ada lesung pipit.. hihi.. lagi terserlah kecomelan n kecantikan nurul husna ni.. husna sekarang ni dah pandai senyum bila org 'acah' dia.. dia dah start nak cakap dgn orang di sekeliling dia.. cakap ngn aku?? hmm.. sepatah tak paham.. haha.. kalau nak tidor tu, kena orang dodoi dulu baru nak tidor.. cerdik betoii.. 

tiba-tiba........... terlintas di fikiran aku, macam mana la boleh ada orang buang anak.. dapat anak pastu buang.. buang dalam tong sampah la, tempat pam toilet, longkang n others.. mereka tu manusia or binatang?? sedangkan binatang pun sayangkan anak.. inikan manusia.. even tak sayang anak sekalipun, tak payah la buang, ada yang kerat bayi la.. hantar la anak tu kat rumah anak yatim ke, bagi kat orang yang nak anak tu.. ada jugak yang tolong jaga.. kan???

*semoga Nurul Husna membesar dengan baik, menjadi seorang anak yang solehah, cerdik, sopan-santun, penyejuk mata ummi & abahnya.. Allahumma Ameen.. doakan husna ye.. sori tak letak pic sebab kecik lagi n baru sebulan.. tunggu 44 hari nanti ye.. Inshaa Allah..

-Laailahaillallah-

Sabtu, 16 Mei 2015

16 Mei 2015...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..
readers blog yang setia.. harini hatiku yang kecil tergerak nak update special something tentang 'Hari Guru'...

16 Mei 2015- Harini merupakan 'HARI GURU' yang sangat bermakna buat para guru sedunia.. seorang guru mesti tak sabar menunggu tibanya tarikh '16 Mei' because para pelajar mesti akan beri ucapan, present n macam-macam lagi untuk guru kesayangan mereka.. hehe.. 'GURU' umpama pelita untuk anak bangsa..

sementara menunggu untuk sambung study, aku jugak berpeluang menjadi seorang guru 'Bahasa Arab' (1 thn setengah) di Sri Islah Pendang,Kedah.. saat menjadi seorang guru, barulah aku sedar & tahu banyak dugaan n cabaran yang perlu dilalui oleh seorang guru.. huhh, banyak kerenah pelajar yang perlu dilayan.. namun, aku tahu seorang guru tak boleh 'give up' dalam mendidik pelajarnya untuk berjaya & menjadi seorang yang berguna.. di Sri Islah, aku mengajar tahun 2,4 & 6..

aku pun sama macam guru2 lain, menunggu kata2, ucapan dari pelajar-pelajar aku.. hadiahh??? aku tak mengharapkan apa-apa hadiah dari student aku.. apa yang aku harapkan ialah studentku melafazkan 'Terima Kasih Ustazah' & berjaya dalam pelajaran.. saat mereka mengucapkan kata-kata tu, hmmm... apa lgi??? terharu sangat n rasa nak crying je.. aku bukanlah seorang guru yang baik seperti malaikat.. aku hanyalah guru yang biasa n pernah melakukan kesilapan.. but,, Alhamdulillah.. student-student aku still nak belajar ngn aku.. aku jugak pernah merotan mereka especially pelajar 4B n 6B.. aku rotan ada sebab.. tanpa sebab aku pun tak sanggup nk rotan.. setiap kali pegang rotan, air mata hampir nak mengalir tapi aku tahan je.. mesti sakit aku rotan tu.. noww........ dah tahun 2015, pelajar-pelajar yang aku rotan tu masih ingat aku.. terharunyaaaa!!!

but,, yang peliknya student-student aku suka n sayang kat aku.. kenapa ye??? even aku ni pernah marah, rotan mereka.. Wallahua'lam..

stiap kali teringat n terkenang saat menjadi guru,, aku teringat,, pernah suruh mereka buat senaman 'si tommy' (search kat youtube).. best sgttttttttttt!! nak kata aku macam budak-budak??? biar laa.. janji happy n enjoy.. aku buat sebelom start pembelajaran.. because tak nak mereka tidor n hilangkan rasa ngantuk mereka.. hihi, macam-macam lagi seorang guru boleh buat semasa sesi pembelajaran.. tak semestinya baca n buat latihan dalam kelas jer.. aku?? tiap2 masuk kelas je, tak kira kelas 2A ka,2B,2C,4A,4B @ 6B.. aku lebih suka buat permainan untuk mereka.. macam-macam kaedah boleh buat.. contoh : kuiz, passing-pass, kotak beracun, soal jawab n banyak lagi.. permainan tu semua aku yang reka.. haha, melalui kaedah tu, pelajar lebih cepat faham n hafal perkataan Bahasa Arab.. ha,,, itulah aku.. 'Ustazah Masturah' seorang guru yang sentiasa ada ja permainan n idea ketika ngajar.. hehee..

video
Ahaaa!! ni la senaman si Tommy tu..

semua tu dah berlalu.. adakah student-student aku tahun 2A,2B,2C,4A,4B,6B masih mengingatiku??Wallahua'lam.. yang penting aku still ingat mereka n mereka still in my heart.. feeling je lbih.. haha..

huhhh,, dah letih story.. jari-jemari aku pun dah letih jugak menaip..

So, di kesempatan ni, aku nak mengucapkan 'HAPPY TEACHERS DAY' untuk semua insan yang bergelar guru di dunia.. terutama buat mak,abah n abangku yang tersayang.. 'Selamat Hari Guru'.. semoga terus tabah n sabar dalam menjadi seorang pendidik untuk anak bangsa..
'Selamat Hari Guru' jugak buat semua guru, ustaz & ustazah yang pernah mendidik aku di sekolah rendah mahupun menengah..
TERIMA KASIH CIKGU.. terima kasih yang tak terhingga.. Jasa kalian akan ku kenang n ingat selalu.. moga hidup kalian sentiasa dirahmati-Nya.. Eid Mu'allimin..

special for teachers..
berat, jika dianggap berat,
mudah, jika mengambil mudah
mulia, jika dilaksana dengan sepenuh jiwa raga dan Lillahita'ala..

Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilang diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, tingkah lakunya diTIRU.. SELAMAT HARI GURU...

ha,, nahh ada pantun sikit ni.. copy je..
Guru...
Dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru..

*semoga suatu hari nanti ada peluang untuk aku jadi seorang 'guru' semula.. guru yang bukan sekadar memberi ilmu untuk pelajar2.. malah mendidik pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang berguna, baik tatasusila n berilmu...Inshaa Allah...

-Laailahaillallah-

Rabu, 13 Mei 2015

Kahwin muda ikut Sunnah @ gedikss??

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..
pembaca2 blog Mas sekalian.. hmmm.. setelah sekian lama my fingers ni tak menulis entri kat blog, harini terasa nak tulis.. takde masa.. al-maklumlah orang busy anytime (busy ler sgtt).. hehe..

Ok.. harini aku nak story adakah kahwin awal itu ikut sunnah @ gedikss??

time dalam kelas Usul Fiqh, before syeikh masuk, ada sorang hamba Allah ni tanya.. dia tak bagi mention nama..

Hamba Allah : Akak, orang yang kawen awal or muda ni ikut sunnah atau sebab lelaki n perempuan gedik sangat nak kawen??
Aku : Hmm.. ramai yang nak kawen awal sebab nak ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w & ajaran Islam.. kawen awal @ kawen muda ni lebih banyak baik dari buruk nye... sebab di usia ni kita banyak di uji dari pelbagai segi antaranya hati & nafsu.. kalau kawen usia ni dapat la kita menundukkan pandangan kita.. kalau belom kawen ni susah nak kawal pandangan sebab syaitan tu sentiasa mencucuk hati kita untuk ikut hawa nafsu... tapi ada gak menjadi halangan kawen di usia muda ni.. bila pasangan tidak mempunyai ilmu & ibu bapa yang tidak memahami niat anak-anak.. kawen awal jugak dapat mengelakkan diri dari melakukan maksiat..
Hamba Allah : oo.. jadi kalau dah sampai jodoh pada usia muda kena kahwin la ye??
Aku : hmmm.. kalau dah sampai jodoh, kawen jela tak payah kira usia muda or tua.. hehe.. (gelak sakann)
Hamba Allah : tapi,, macam mana pulak kalau perempuan n laki nak kawen sebab gedik??
Aku : gedikss?? kalau gedik sangat nak kawen, lelaki tu kena la pi jumpa ibu bapa perempuan tu minta izin untuk nikah.. kalau diizinkan, move on jela.. si lelaki tu kena betul-betul ready untuk memikul tanggungjawab sebagai sorang suami.. hehee.. haa,, tengok org muda zaman sekarang, bukannya halal lagi pon.. tapi,, dah berpegangan tangan sana-sini.. tak jaga pergaulan bebas.. kalau nak cakap tu boleh, tapi,, setiap pergaulan ada batasnya.. kan??
Hamba Allah : Na'am,, kak. orang muda bukannya kira tempat.. kat tempat awam pun duk pegang-pegang tangan.. takde apa-apa ikatan lagi..sampai ada yang tak kawen lagi but da ada anak.. 'anak luar nikah'.. Nau'zubillahiminzalik..
akak,, kalau nak kawen tapi tak habis belajar lagi boleh??
Aku : boleh jerr.. but, kejar dulu cita-cita sebelom cinta......................................................................
tak sempat nak panjangkan perbualan, syeikh masuk.. terus tutup mulut n diam.. hahahahaaahha..

yang ni just copy dari blog orang lain..hehe

kawen ader panas... ada hujan.. ada mendung.. ada gerhana..
dalam perkahwinan memng memerlukan bnyk kesabaran..
ada kala yer.. kita sendiri x kan menduga ujian itu
akan kita alami dan tempuhi....
setiap perkahwinan ada suker dan duker..
walaupun jauh perbezaan umur...
itu tidak akan menjadi penghalang utk kita bahagia..
ujian pasti akan ada...
perit, pedih... manis , masam..
suker duka...
sentiasa disekeliling kita..
semoga pasangan kita akan dapat menerima
kita seadanya..

*banyak sahabat aku yang dah berumahtangga.. so, semoga ikatan antum antunna dengan pasangan berkekalan till Jannah.. semoga hidup bahagia di dunia & akhirat.. Ameen Ya Rabb..

*say_no_to_couple

-Laailahaillallah-
Foto Saya
Masturah Marzuki
Lihat profil lengkap saya